Thursday, October 25, 2012

Projek Pembinaan Dapur Surau 2012

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua!! Harap sehat-sehat semuanya ya...Alhamdulillah ketemu lagi kita dalam ruangan khas surau kampung sungai jahit ini..

kali ini team blog SKSJ nak cerita tentang projek terbaru di surau kita yang baru sahaja siap menjelang hari Raya Korban tahun ini. sebenarnya projek pembinaan dapur surau sungai jahit ini sudah lama dibincangkan di dalam mesyuarat jawatankuasa surau. ia tertangguh kerana menunggu keputusan permohonan belanjawan dari pihak berwajib.

Alhamdulillah, hasil infak orang ramai-semoga Allah menerima amalan mereka- cita-cita pembinaan dapur ini dapat direalisasikan walaupun tanpa belanjawan pihak berwajib. bahkan dapat ditambah dengan setor juga.

kru blog SKSJ sempat merakamkan gambar-gambar dapur tersebut.

pandangan hadapan dapur surau yang telah siap dibina


pandangan dari dalam dapur baru
sinki juga telah dipindahkan ke dapur
kipas dinding turut dipasang untuk keselesaan "ahli-ahli" dapur yang sentiasa setia berkhidmad
tangga yang menghubungkan ruang solat Muslimat dengan dapur. pembinaan dapur ini secara langsung dapat meluaskan ruang solat muslimat dan menampung lebih banyak jemaah
ini pula setor yang dibina bersebelahan dengan dapur
diharapkan pembinaan dapur ini dapat memberikan lebih semangat dan inspirasi kepada para jemaah untuk terus mengimarahkan surau kita..insya Allah...

No comments:

Post a Comment