Friday, October 26, 2012

Program Korban 2012

26 Oktober 2012- Alhamdulillah sekali lagi pihak jawatankuasa surau kampung sungai jahit berjaya menganjurkan program korban beramai-ramai di halaman surau sungai jahit. tahun ini sebanyak enam ekor lembu ditumbangkan sempena majlis korban.

Alhamdulillah walaupun kerisauan dalam menguruskan program ini, yang kebetulan jatuh pada hari jumaat, program berjaya dibereskan kira-kira jam 12.15tgh hari, sebelum waktu solat jumaat.

terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada semua insan yang hadir membantu melancarkan program korban untuk tahun ini. semoga Allah memberkati dan memberikan ganjaran kepada kalian semua..amin..

mari kita saksikan gambar-gambar yang sempat team blog SKSJ rakamkan..

asalnya timbunan tanah merah ini hendak digunakan untuk memudahkan proses penurunan lembu-lembu dari lori. namun begitu, akhirnya ia tidak digunakan kerana tokey lembu menyuruh lembunya terjun sahaja dari lori...isk..isk..isk..



ini kawasan yang telah dibersihkan. lembu-lembu akan ditempatkan di kawasan ini sehingga mereka dikorbankan
-bakul, besen, kanvas, alat penimbang, kapak,tali lembu...ini adalah barang-barang yang telah disediakan untuk kegunaan pada hari program korban...
lori yang membawa lembu-lembu telah sampai. proses penurunan lembu pun dimulakan
inilah dia muka-muka yang bakal disembelih pada keesokan harinya








Alhamdulillah segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar, dengan izin Allah. kita jumpa lagi pada majlis korban pada tahun hadapan pula insya Allah...

No comments:

Post a Comment