Sunday, November 6, 2011

Program Qurban 1432H/ 2011M

alhamdulillah pada tanggal 10 zulhijjah 1432hijrah bersamaan 6 November 2011, iaitu pada hari ahad, surau sungai jahit telah berjaya -dengan izin Allah- mengadakan program qurban. majlis dimulakan tidak lama selepas selesai solat sunnah hari raya, kira kira jam 9.45pagi.

barang barang yang digunakan seperti alat penimbang dan bakul disusun setelah setahun tersimpan


papan catatan lembu qurban yang akan mencatatkan berat setiap lembu serta berat setiap bahagian yang akan diagihkan


tali- barang penting juga dalam mengendalikan majlis qurban, daripada menambat lembu sehinggalah menggantung peha lembu untuk dilapah

tahun ini, pihak surau telah menerima amanah enam ekor lembu jantan untuk diqurbankan. pihak kami sempat merakamkan gambar gambar lembu lembu tersebut. 
ini lembu tempatan, dari raub sahaja. ia lembu yang paling jinak  yang diuruskan pada tahun ini.

adik ruzaimi kita bersama dengan lembu jinak. petang sebelum qurban, seronok betul adik adik bermain  bersama lembu yang satu ini.


ini lembu tempatan yang kedua. ia adalah yang kedua terjinak. tetapi  penampilan mengejut  telah dilakukan oleh beliau ini ketika mahu dikorbankan.

ini pula tapak kebun salak yang menjadi tapak qurban. lembu lembu ini didatangkan khas dari Sertik, Bentong. lembu lembunya sihat, cantik. namun garang garang belaka.

ini lembu sertik yang ke-4@ lembu D

ini lembu sertik1 @ lembu A. paling garang
 

lembu sertik2@ lembu B

lembu sertik 3 @ lembu C

tahun ini pihak surau telah mendapat khidmad 3 tukang sembelih, iaitu Cikgu Diauddin Omar, Imam Fhuzi, dan ustaz Shahrom bin Ma'arof. orang kuat JAIS yg berasal dari kampung kuala gali juga (Sungai Lar atas). alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak, majlis berjalan dengan lancar dan berjaya diselesaikan menjelang waktu zuhur.
bantal tempat lembu dibaringkan sebelum disembelih

seperti biasa selepas selesai bekerja, semua menjamu selera. antara menu menarik- masak lemak daging, acar jelatah, ulam ulaman dan sambal.

pihak surau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis qurban tahun ini. semoga segala kerja yang kita lakukan dinilai sebagai amal soleh di sisi Allah. kita jumpa pula di majlis Qurban tahun hadapan insya Allah...