Wednesday, December 21, 2011

BBQ School Break 2011

pada hari selasa, 20/12/2011. alhamdulillah kami dapat menjalankan program perkhemahan BBQ geng surau untuk sessi cuti sekolah tahun 2011.
meh kita ringkaskan sahaja ya...

kehadiran: abg apih, abg shamil, rafieq, qowiy, wafi, waqi, baby.
tak hadir: angah [balik mesir],abg apiq [keje kuantan], abg aie [blaja sarawak], rifaie [balik mempaga], erwan [cuti cuti malaysia] dan khairil [berkhatan...jua akhirnya hehehe]

aktiviti:
- petang: mencari kayu api [lepas hujan pulak tu], jalan jalan pasar malam beli ayam, bahan perap dan alas perut
- tukang perap: seperti biasa : chef bahariah (mak long baha.. TQ mak long :) ]
- maghrib- solat berjemaah
- slps maghrib: hidupkan api, bakar ayam.
- jumpa stok bunga api bulan puasa...main hehehe
- solat isya berjamaah
- sambung bakar ayam,bila ayam siap makan ayam dengan nasi putih
- masa nak ambik gambar burung merbuk, burung terlepas dari sangkar, dan terbang ke luar surau. aktiviti yang tak dirancang pun berlaku: menangkap burung merbuk
- habis makan "night rider" konvoi motor lihat keindahana malam...terjumpa katak hutan yg besar melintas jalan masa lalu depan rumah arwah pak tam mamat...tp x dan ambik gambar..
- balik bercerita, berehat, yg ada laptop layan game, yg ad broadband layan internet, kemudian tidur.

seterusnya kita biarkan gambar bercerita ya!!
inikah sahaja yg tinggal ??



gaya seorang tukang kayu

jari dia dah luka siang tadi masa potong kayu...ruzaimi..oo ruzaimi..mlm2 dia main gunting pulak ye
waqie dan ruzaimi hidupkan api....eh geng, bukan kita ada kompang jer ke?? mana pulak dtg gitar tu
wafi praktikkan skill pengakap dia utk nyalakan api....qawie seperti biasa sekadar memerhati
teratak tempat lepak dan tidur

jumpa stok lama bunga api kita layan bunga api dulu...
eh ayam kita dah masak la....eh masak ke hangus tu...hangus pun hanguslah janji "best"
anak anak gembira bermain bunga api

qawiy seronok ye mlm ni... 1st time qowiy join geng..sebelum ni qawiy tgk gambar kami BBQ je
wafi mengajar abg apih cara2 memasak yg betul

ayam yg sedang dipanggang...jangan lupa balik balikkan dan tengok belakang supaya sejarah lama tidak berulang

qowiy x sabar dah nak meratah ayam

ok geng....dah masak boleh makan ramai ramai ya...walaupun setiap kali ayam diangkat semua serbu ek..

Sunday, November 6, 2011

Program Qurban 1432H/ 2011M

alhamdulillah pada tanggal 10 zulhijjah 1432hijrah bersamaan 6 November 2011, iaitu pada hari ahad, surau sungai jahit telah berjaya -dengan izin Allah- mengadakan program qurban. majlis dimulakan tidak lama selepas selesai solat sunnah hari raya, kira kira jam 9.45pagi.

barang barang yang digunakan seperti alat penimbang dan bakul disusun setelah setahun tersimpan


papan catatan lembu qurban yang akan mencatatkan berat setiap lembu serta berat setiap bahagian yang akan diagihkan


tali- barang penting juga dalam mengendalikan majlis qurban, daripada menambat lembu sehinggalah menggantung peha lembu untuk dilapah

tahun ini, pihak surau telah menerima amanah enam ekor lembu jantan untuk diqurbankan. pihak kami sempat merakamkan gambar gambar lembu lembu tersebut. 
ini lembu tempatan, dari raub sahaja. ia lembu yang paling jinak  yang diuruskan pada tahun ini.

adik ruzaimi kita bersama dengan lembu jinak. petang sebelum qurban, seronok betul adik adik bermain  bersama lembu yang satu ini.


ini lembu tempatan yang kedua. ia adalah yang kedua terjinak. tetapi  penampilan mengejut  telah dilakukan oleh beliau ini ketika mahu dikorbankan.

ini pula tapak kebun salak yang menjadi tapak qurban. lembu lembu ini didatangkan khas dari Sertik, Bentong. lembu lembunya sihat, cantik. namun garang garang belaka.

ini lembu sertik yang ke-4@ lembu D

ini lembu sertik1 @ lembu A. paling garang
 

lembu sertik2@ lembu B

lembu sertik 3 @ lembu C

tahun ini pihak surau telah mendapat khidmad 3 tukang sembelih, iaitu Cikgu Diauddin Omar, Imam Fhuzi, dan ustaz Shahrom bin Ma'arof. orang kuat JAIS yg berasal dari kampung kuala gali juga (Sungai Lar atas). alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak, majlis berjalan dengan lancar dan berjaya diselesaikan menjelang waktu zuhur.
bantal tempat lembu dibaringkan sebelum disembelih

seperti biasa selepas selesai bekerja, semua menjamu selera. antara menu menarik- masak lemak daging, acar jelatah, ulam ulaman dan sambal.

pihak surau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis qurban tahun ini. semoga segala kerja yang kita lakukan dinilai sebagai amal soleh di sisi Allah. kita jumpa pula di majlis Qurban tahun hadapan insya Allah...

Monday, October 10, 2011

D.I.Y- Do it Yourself!!

kali ini mari kita lihat skill pertukangan jawatankuasa kita pulak...
apa agaknya yang nak dihasilkan....

kerja kerja menggergaji bermula...
juga kerja tukul menukul..
nampak macam "kaki" kpd sesuatu...
kerja2 menggergaji dan menukul diteruskan
hasilnya semakin kelihatan...
tadi ayahanda tuan hj shahrin dan pak lang ..juga pak teh tat yg x ada dlm gambar..sekarang dah ada rif'aie.. rajin beliau ni..dlm keadaan menghadapi PMR masih berkesempatan membantu
jeng jeng jeng....ini dia meja yang sudah siap...
dan kerusinya sekali...

Saturday, October 8, 2011

Upgrade tapak korban

pagi yang indah di kampung sungai jahit...
kerja kerja menaik tarafkan tapak korban surau dijalankan...
timbalan pengerusi encik razi, atau pak lang sedang membuatkan kerja2 menyimen
leader kita- khairul nizam@ along..bersama pengerusi, ayahnda hj shahrin dan pak teh tat
kerja kerja menyimen dilakukan


pemimpin surau yang rajin turun padang...

cara tersendiri....jalan teross.....