Saturday, February 27, 2010

Majlis pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah pertandingan menghafal al-Quran KECAQ

seminggu selepas pertandingan menghafal al-Quran diadakan di surau, majlis pengumuman dan penyampaian hadiah kepada peserta diadakan. pengerusi surau merangkap penasihat dan pengarah program KECAQ/KIFARA dijemput sbg tetamu kehormat di majlis tersebut.

pengerusi surau, tuan hj shahrin b muhammad bergambar bersama para peserta dan pelajar KECAQ
penerima penerima hadiah bergambar bersama hadiah masing masing.semuanya kelihatan seronok sekali
penerima hadiah saguhati: dari kiri: Saiful Azman,10, Fitri Hakim,12, Amiruddin,6 dan Zulaikha,10.
pemenang kategori Iqra: dari kiri: nurul izzah,10-tmpt ke-3, wadihah,7,johan, dan Fawwaz,8,(duduk) naib johan
pemenang kategori Ausat: duduk- Farah Umaira,10, johan, berdiri dari kiri: waqiuddin,10, naib johan dan ahmad faris hakim,10, tmpat ke 3
pemenang anugerah khas, Wafiuddin, 12.
ketika majlis penyampaian hadiah baru bermula.

Thursday, February 18, 2010

Pertandingan Menghafal KECAQ 2010

pada hari selasa, 16 februari 2010 yg lalu, sempena cuti sekolah,pihak pengurusan surau telah menganjurkan pertandingan menghafaz bagi pelajar KECAQ. pelajar2 dibahagikan kepada tiga kumpulan, lancar,pertengahan dan iqra'. seramai 11 orang peserta telah melibatkan diri dalam pertandingan ini.

berikut adalah bacaan sebahagian peserta pertandingan menghafaz Kecaq surau sungai jahit, pada 16/2/2010.

Nurul Izzah hj mansor, 10


Mohd Waqiyuddin.10.


Wadihah Abd Jalil,7.


Mohd Fawwaz Mohd Fhuzi,8.


Ahmad Faris Zamri,10.


ini pula hakim2 berwibawa yang mengadili para pelajar.


siapakah yang menjuarai pertandingan ini? nantikan kemaskini seterusnya!!

gambar sekitar perjalanan KECAQ

ustaz Fahmi sedang tekun menyemak bacaan pelajar di bawah bimbingannya

ustaz Syafieq tabah menghadapi karenah para pelajarnya yang kebanyakannya pelajar cilik
ustaz sattar sentiasa memastikan pelajar serius dalam pembelajaran

berseronok setelah selesai belajar al-Quran

dua orang pelajar sedang mengaji iqra- Ruzaimi, 10 tahun dan Fazli, 11 tahun.

antara pelajar termuda, Mohd Amiruddin mohd Fhuzi, 6 tahun. dia sedaang mengaji di bawah bimbingan ustaz Syafieq.

Thursday, February 11, 2010

Program surau - KECAQ dan KIFARA

Nabi s.a.w dalam beberapa riwayat memerintahkan agar diajar dan disuruh anak itu solat ketika umurnya tujuh tahun, dan dihukum jika dia enggan menunaikannya ketika dia berumur 10 tahun. Mazhab syafi'i di dalam membuat kesimpulan terhadap hadis ini, berpendapat wajib ke atas penjaga mengajar dan mendidik anak anak dengan perkara perkara wajib yg diperintahkan oleh agama, seawal umur mumaiyiz.

Idea mengadakan KECAQ bermula ketika membincangkan program program untuk mengimarahkan surau. Timbul idea dari abg aziz untuk mengadakan kelas kanak kanak. Sebenarnya idea ini timbul bila terkenang kelas kanak kanak yang pernah dibuat oleh arwah ustaz amiruddin omar. Syura pemuda melanjutkan perbincangan. Lalu terhasil KECAQ.

Kelas ini berbeza mungkin berbeza dengan lain lain kelas, kerana ia melibatkan ramai guru. Ia menggunakan system LDK-latihan dalam kumpulan, di mana pelajar dibahagikan kpd kumpulan kumpulan kecil yang dibimbing oleh seorang guru. Tujuannya agar kedua dua belah pihak-guru dan pelajar-dapat memberikan penumpuan sepenuhnya.

salah seorang pelajar sedang menikmati makanan jasmani setelah mendapat makanan rohani

KECAQ membahagikan pelajar kepada tiga peringkat pembacaan al-quran, lancar, pertengahan dan iqra. Selain pembacaan al-quran dengan betul dan tepat, pelajar juga didedahkan kepada penghafazan ayat ayat lazim.

KIFARA –kelas intensif Fardhu Ain- merupakan idea lanjutan daripada KECAQ, timbul dari kesedaran "khatam al-Quran" bukan penamat segala galanya. Satu usaha untuk mendidik anak anak Muslim menjadi Muslim yg bukan sekadar pada nama, tetapi mempraktikkan Islam.

System pembelajaran KIFARA sama dengan KECAQ, iaitu secara berkumpulan. Tumpuan diberikan kepada perkara perkara asas dalam agama-Fardhu Ain- terutamanya yang berkaitan dan praktikal dengan kehidupan seharian pelajar. Pelajar pelajar juga akan mempraktikkan setiap perkara yang diajar, dalam sesi amali setiap kali selepas sesi pembelajaran.

Di hujung setiap kelas, pelajar akan dididik dengan hiburan mendidik jiwa yang terdiri dari zikir zikir dan nasyid, berkaitan dengan apa yang mereka pelajari.

Dimulakan pada awal januari 2010, KECAQ dan KIFARA mempunyai lebih 30 pelajar lingkungan 6 hingga 14 tahun, Yang kebanyannya merupakan anak anak penduduk kg sungai jahit sendiri, di samping anak anak penduduk kampong berhampiran seperti sg Lar,kuala gali dan durian sebatang yang dibimbing oleh sepuluh guru yang terdiri dari imam, guru quran dan lepasan pengajian agama dalam dan luar Negara.

berikut adalah gambar sebahagian pelajar2 yg menyertai kelas ini setelah selesai sesi belajar.

disiplin adalah penting...walaupun ketika hendak mengambil makanan..

sesi makan makan selepas penat memerah otak belajar ilmu agama

siapa dapat dulu dia makan dulu..biasalah budak budak :)






Program Surau: Kelas Fiqh


Kelas Fiqh

Terdapat dua kelas fiqh di surau sungai jahit: kelas fiqh pemuda dan kelas fiqh muslimat.

Kelas Fiqh pemuda merupakan antara usaha usaha awal dalam proses pengimarahan semula surau sungai jahit. dirancang oleh generasi awal anak murid arwah ustaz amiruddin, dan dilaksanakan oleh generasi terakhir.

Kelas Pemuda melibatkan anak anak muda kampung sungai jahit, Sementara kelas muslimat melibatkan kaum ibu. Kedua dua kelas ini pengajiannya bersumberkan kitab al-fiqh al-manhaji ala mazhab al-imam as-syafi'I karya Mustafa bugha,Mustafa al-khin dan Ali as-syiirazi. Disamping beberapa kitab fiqh yg lain seperti al-majmu' dan raudah at-tolibiin karya imam an-nawawi, al-bayan karya imam al-imrani, serta kitab2 fiqh kotemporari.Walaupun kelas ini asasnya mempelajari Fiqh mazhab syafi'I, ia juga mendedahkan jemaah dengan pendapat pendapat mazhab lain.




Kelas pemuda Dijalankan secara santai,lebih kepada perbincangan, tidak formal seperti kuliah biasa, untuk menimbulkan keselesaan kepada mereka yg mendengar untuk bertanya tanpa perasaan segan atau malu.

Wednesday, February 10, 2010

Sejarah

Surau sungai jahit : Sejarah

Surau Kampung Sungai Jahit diasaskan oleh ulama tempat di kampung sungai jahit. menurut cerita orang orang tua, surau sungai jahit asalnya bukan berada di tapaknya sekarang. Tapak lama surau ini adalah di atas tanah yang sekarang merupakan kebun koko. Antara yang sempat dengan surau di dalam kebun koko ialah al-fadhil Tuan guru hj Fathul Ariffin bin mohd saleh, imam satu masjid kariah dong sekarang. Ketika itu antara gurunya arwah imam Yahya dan arwah ustaz Omar bin imam yahya.



surau sungai jahit selepas di-renovate dengan bantuan kerajaan

Selepas itu barulah surau sungai jahit berpindah ke tapak di mana ia berada sekarang. setelah guru guru lama kembali menghadap ilahi, Surau Sungai Jahit terus diimarahkan dengan murid murid mereka yang mewarisi kerja sebagai da’ie. Menurut sumber, sekitar tahun 70-an, surau sungai jahit terkenal dengan kelas mengaji kitab hadis hukum karangan seorang ulama Indonesia, T.M Hasby. Kelas ini dibimbing oleh tuan guru hj fathul ariffin dan abangnya, ustaz hj syamsuddin. Oleh kerana pengajian berteraskan hadis hukum, yakni fiqh berpandukan sunnah, ia melangkaui batas mazhab, lalu adalah yang melabel jemaah ketika itu dengan gelaran kaum muda dan seumpamanya.

Masa terus berlalu, surau sungai jahit terus imarah. Dipimpin pula oleh arwah ustaz Amiruddin bin Omar. Pengajian di surau dipelbagaikan lagi di bawah pimpinan arwah. Selain pengajian Fiqh dan al-Quran diteruskan, ilmu tasawwuf turut diajar di surau. Tidak ketinggalan seni warisan seperti mauled. Surau juga menjadi pusat tarbiyah harakiyyah, mendidik jemaahnya dengan amal jama’ie. Arwah merupakan daie yang unik, beliau mampu menarik anak anak muda menjejakkan kaki ke surau.

Antara perkara yang dipelopori arwah ialah melatih imam dan bilal dari kalangan anak muda, mengadakan kelas fardhu ain untuk kanak kanak, kelas pengurusan jenazah, kelas pengajian al-Quran di bawah bimbingan ustaz ustaz huffaz, antaranya ustaz Fajuri, ustaz Salleh sani, ustaz Johari dan ustaz Rozali Zahari al-Hafez, menganjurkan majlis Qurban, kelas nahu dan saraf, dan arwah juga sempat mengajar silat kepada anak anak muda.

Hasilnya Arwah berjaya mendidik beberapa generasi anak muda, yang kini mampu mewarisi dan melaksanakan kerja kerja dakwah di dalam mukim dong dan sekitarnya.

Pemergian arwah ustaz amir ke rahmatullah, pada tahun 2003, benar benar dirasai oleh semua. Untuk seketika, surau sungai jahit bagaikan sepi. Namun perjuangan arwah diteruskan semula oleh anakandanya, ustaz Yasir bin Amiruddin. Manusia hanya merancang, sebaik baik perancangan adalah Allah. Dalam keadaan surau tidak semeriah dahulu, ustaz Yasir pula diuji dengan penyakit angin ahmar.

Buat beberapa ketika, surau sepi semula. Biarpun bantuan kerajaan tiba, membolehkan surau diperkukuhkan dan diperbaharui beberapa bahagian strukturnya, itu hanya mampu mengimarahkan zahir binaannya sahaja. Buat pertama kalinya dalam sejarah, surau tidak imarah dalam Ramadhan. Tiada Tadarus dan Tarawih.

Tahun malap surau sungai jahit berakhir jua. Perlahan lahan anak anak murid arwah yang sudah tamat belajar mula kembali ke desa. Ada tanggungjwab yang perlu dilakukan. Ada amanah yang perlu ditunaikan. Biarpun perlahan, usaha mereka yang terdahulu haruslah disambung terus oleh generasi kemudian. Biar mengalir semula pahala wakaf kepada orang orang yang mewakafkan dahulu.

Monday, February 8, 2010

Muqaddimah

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog Surau sungai Jahit