Saturday, October 23, 2010

perkembangan terkini

Syukur saya rafa'kan kpd Allah Ta'ala, yang melimpahkan rahmat,nikmat dan hidayah kepada kita semua. Alhamdulillah dari respon yang kami terima di facebook, blog yg x seberapa ini masih dikunjungi, termasuk oleh sahabat2 yg berada di perantauan, termasuk timur tengah dan benua amerika.

Ada yg meminta pihak kami selalu update blog surau, agar mereka dapat mengetahui perkembangan terkini. Apa yg dapat kami dapat jawab, insya Allah J menyalur perkembangan terkini, terutama sebuah "surau" yang zahirnya menjalankan aktiviti2 keagamaan perlu kami lakukan dengan berhati hati, agar dakwah dapat dipromosi, di samping ikhlas dan pahala tidak lari.

Qurban

Terkini, insya Allah, dan kita mohon Allah kurniakan keizinan agar ia berjalan seperti dirancang- pihak surau sungai jahit akan menganjurkan program qurban pada hari raya pertama qurban nanti seperti biasa. Dan kita semua akan bergotong royong seperti biasa.

Setakat ini, alhamdulillah bahagian bahagian qurban yang ada sudahpun dapat dipenuhkan, dan sebahagiannya sudahpun membuat bayaran penuh. Tinggal lagi jika permintaan masih ada dan menggalakkan, perbincangan untuk menambahkan bahagian2 lain akan diadakan.


Aktiviti2 lain

Aktiviti aktiviti lain seperti aktiviti kuliah mingguan yang tercatat di tepi blog ini alhamdulillah berjalan seperti biasa. Kuliah muslimat sudahpun memasuki bab sujud sahwi, kuliah ustaz fathul ariffin pula sudah memasuki fasal ketiga dari kitab yang digunakan. Halaqah pemuda pula bab sunat sunat di dalam solat.

Dari sudut pembangunan fizikal, pembaikpulihan kemudahan kemudahan surau yang dijalankan sejak sebelum ramadhan alhamdulillah sudah selesai. Antaranya Pembinaan tandas baru, pembaikpulihan sistem parti-longkang, dan penambunan kawasan sekitar dengan batu jalan terpakai.