Sunday, May 30, 2010

Kecaq @ surau sg jahit : Kompang la pulak....


Nampaknya surau melalui pelajar pelajar KECAQ mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan penubuhan pasukan kompang.

Ceritanya begini. Pada 27 Mei2010, encik Zakaria Senik telah meminta untuk mencari pasukan selawat, dan kalau dapat, kompang sekali untuk majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung pada 29 mei.

Pada mulanya hanya terdapat dua kompang, kepunyaan ustaz Syafieq dan ustaz Shamil. Mereka berdua pernah terlibat di dalam pasukan kompang ketika menuntut di IPT. Dalam proses mengingat semula kod kod paluan kompang,yang sudah lama ditinggalkan, bakat terpendam seorang pelajar KECAQ tersingkap.

Sungguhlah ilmu itu mengangkat darjat seseorang dari yang tiada ilmu. Akhirnya, pelajar yang kami ajar mengaji menjadi "guru" kompang kami, alhamdulillah.

Sebagai "bidan terjun" latihan intensif dijalankan memandangkan waktu yang ada sangat sempit. Ia merupakan satu cabaran, terutama bagi adik adik yang mungkin tidak pernah bermain kompang.

Kembara meminjam kompang

Oleh kerana hanya ada dua biji kompang, kami memerlukan kompang lain. akhirnya kami meminjam kompang dari Sekolah Kebangsaan Pamah Kulat di Ulu dong. Terima kasih kepada sahabat ustaz shamil, cikgu adam shah yang merupakan guru sains yang merupakan tenaga pakar kompang yang melatih pasukan sekolah tersebut.



Pasukan kompang KECAQ

Mohd Rafieq Mohd Rashidi (Ketua- paluan menyilang)
Mohd Hariri Roslan
Mohd Zukry Sufian
Mohd Khairil Hakim Khairuddin
Erwan Syah Ahmad Safuan (simpanan)
Ahmad Fariss Hakim Zamri (simpanan)

Ustaz Syafieq Shahuddin (pengalaman menyertai pasukan kompang di KIPSAS)
Ustaz Ahmad Shamil shahrin (pengelaman menyertai pasukan kompang di matrikulasi UIAM)
Raja Mohd Syakirie Raja Ali ( ketua pasukan kompang ketika di sekolah teknik, skrg mahasiswa universiti Malaysia perlis)

Latihan
Setelah kompang mencukupi, latihan segera pun dimulakan. Daripada paluan yang berterabur, kami bermula. Alhamdulillah, daripada paluan berpandukan kod di white board, akhirnya kami beransur mengingatinya. Jari jemari terasa sakitnya dek berulang ulang memalu kompang pada kod kod yang gagal dipalu dengan baik. Namun kami tekad, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

sifu kompang, mohd Rafieq: pandang sini elok elok...macam ini caranya...
Erwan tekun mendengar dan mempraktikkan apa yg diajar oleh abang abang
rafieq tekun menurunkan ilmu perkompangan kepada rakan sebaya
khairil..antara pelajar yang menunjukkan peningkatan yg baik dlm mempelajari ilmu perkompangan

latihan diteruskan pada sebelah malam sebelum majlis. kali ini di tempat persembahan bakal dilakukan.

hari persembahan
ketua pasukan kompang sebelum persembahan dimulakan

bergambar kenang kenangan sebelum menjayakan persembahan



alhamdulillah persembahan berjaya dijalankan dengan baik dengan izin Allah. adik adik mampu menjalankan tugas masing masing lebih baik dari sesi latihan


bergambar kenang kenangan di surau selepas menjayakan persembahan

Gotong Royong menukar karpet

Gotong Royong menukar karpet

Baru baru ini, surau kampung sungai jahit telah menerima sumbangan karpet terpakai daripada masjid Kariah Kampung Dong. Satu gotong royong kecil telah diadakan untuk proses penukaran karpet sedia ada kepada kapet yang baru.

pak lang razi tekun memotong karpet
zukry turut hadir walaupun dia tidak berapa sihat


orang kuat surau-apih. dengan gaya yang tersendiri tak jemu menyumbang tenaga menguruskan surau





kerja kerja penaiktarafan sedang dijalankan

setelah siap ditukar


pandangan baru mihrab surau

Jahit's Cup- single

sebahagian besar peserta peserta Jahit's Cup-perseorangan - bergambar kenang kenangan. berdiri dari kiri: Rafieq, Ruzaimi, Wafi, Zukry, Rifa'ie, Hariri. Duduk dari kiri: amirul,azri,erwan, khairil, faris ,waqy.
Setelah selesai kategori beregu, pertandingan badminton kategori perseorangan dijalankan. 14 pelajar lelaki KECAQ telah mendaftar untuk menyertai kategori ini.

Peserta peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Selepas itu undian dibuat untuk menentukan lawan masing masing. Peserta yang berjaya dalam peringkat saringan secara automatik layak ke separuh akhir. Kemudian mereka yang berjaya dalam separuha akhir terus layak ke peringkat akhir, manakala yang tewas diberi peluang merebut tempat ke 3 dan ke-4.

budak budak...ini pertandingan badminton dik, bukan zoo tycoon nak panjat2


gaya seorang juara kedua dua kategori
gelagat salah seorang peserta, hariri, dlm sesi warm-up dan training
kecil kecil cili padi...adik azri affandi dengan gaya tersendiri

Berikut adalah keputusan perlawanan perlawanan penting dalam pertandingan ini.

Kumpulan A

Separuh Akhir
Rafieq vs Ruzaimi 15-9, 14-16, 15-3 (Rafieq layak ke akhir agregat 2-1)
Hariri vs Zukry 15-6, 15-9 ( Hariri layak ke akhir agregat 2-0)

Ketiga
Ruzaimi vs Zukry 15-11, 13-15, 17-15 (Ruzaimi tempat ketiga, agregat 2-1)

Akhir
Rafieq vs Hariri 18-16, 15-7 (Rafieq Johan, agregat 2-0)

Kumpulan B

Separuh akhir
Rusyaidi vs Erwan 15-4, 13-15, 14-16 ( Erwan layak ke akhir agregat 2-1)
Khairil vs Fariss 16-14, 15-11 ( Khairil layak ke akhir agregat 2-0)

Ketiga
Rusyaidi vs Fariss 15-6, 15-9 ( Rusyaidi tempat ke 3 agregat 2-0)

Akhir
Erwan vs Khairil 16-14, 3- 15, 6-15 (Khairil Johan, agregat 1-2)

Keputusan penuh
Kumpulan A
Johan – Rafieq
Naib johan- Hariri
Ketiga- Ruzaimi

Kumpulan B
Johan – Khairil
Naib johan – Erwan
Ketiga- Rusyaidi

Satu pertandingan di kalangan peserta peserta yang tewas untuk merebut hadiah penghargaan turut diadakan bagi merebut hadiah hadiah saguhati yang ditawarkan. Seramai lima peserta telah terpilih untuk menerima hadiah saguhati.

Sunday, May 23, 2010

Jahit's Cup!!

Menghargai ketekunan dan komited adik adik menghadiri kelas KECAQ, Surau sungai jahit sekali lagi menganjurkan satu program khas buat mereka. Kali ini dalam bidang sukan pula.

Menumpang bahang piala Thomas yang masih terasa kesuamannya, satu perlawanan badminton telah diadakan. Tapak korban yang baru disimen menjadi tapak pertarungan. Pertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian, perseorangan dan beregu.

Pertandingan beregu telah diadakan dan diselesaikan pada 23 Mei 2010. ia disertai dua belas peserta(6 pasukan), yang berumur lapan hingga empat belas tahun. Dalam acara ini, Enam pasukan berentap berdasarkan cabutan undian, 3 pasukan yang menang terus layak ke separuh akhir, sementara 3 pasukan kalah berentap untuk merebut satu peluang ke separuh akhir. Kemudian 4 pasukan berentap, juga berdasarkan undi untuk menentukan siapa yang layak ke peringkat akhir.

Berbekalkan kebolehan dan semangat, mereka telah menempuhi cabaran fizikal,mental juga emosi dalam permainan ini. kami dapat menyaksikan tawa, marah dan tangis dalam merebut gelaran juara.

main badminton ke main gitar tu dik...
merenung masa depan badminton negara...mungkin dari sini langkah untuk mengubahnya

berbincang stratergi yang terbaik sebelum berentap

gaya seorang juara

Saringan Separuh akhir
Erwan Shah & Imran Affandi vs Saiful & Fitri 21-10
Erwan Shah & Imran Affandi vs Mohd Waqiuddin & Fitri 21-7

Separuh Akhir
Mohd Rafieq & Ahmad Faris vs Mohd Rifa'ie & Mohd Ruzaimie
21-7, 21-4, (agregat 2-0, Rafieq & Fariss layak ke akhir)

Erwan & Imran vs Mohd Zukry & Mohd Waqiuddin
22-20, 20-22, 20- 22, (agregat 1-2, Zukry & Waqie layak ke akhir)

Ketiga dan keempat
Erwan & Imran vs Rifa'ie & Ruzaimi
19-21, 8-21, (agregat 0-2, Rafi'e /Ruzaimie tempat ke-3)

Akhir
Rafieq vs Zukry & Waqie
21-7, 21-6, (Rafieq menang agregat 2-0)

Keputusan acara beregu:
Johan : Mohd Rafieq & Ahmad Faris Hakim
Naib Johan : Mohd Zukry dan Muhammad Waqiuddin
Ketiga : Mohd Rifa'ie dan Mohd Ruzaimi

Sekarang tinggal lagi acara perseorangan, kita tunggu dan lihat!!

Projek Naik taraf Tapak Korban



projek simen -renovation- tapak korban yang melalui pelbagai cabaran- ragam manusia, masalah perbelanjaan...namun tetap diteruskan.. dikendalikan oleh kontraktor yang merupakan salah seorang anak didik surau juga


alhamdulillah, syukur kpdNYA..akhirnya dgn izin Allah, serta Inayah serta rahmatnya, projek ini berjaya disempurnakan..