Monday, August 13, 2012

Ifthar 3 Surau Sungai Jahit

Pada hari Ahad, 12 Ogos 2012 bersamaan dengan 23Ramadhan 1433, Surau kampung sungai Jahit telah menganjurkan ifthar kali ke 3, dan kali terakhir untuk tahun ini (sebab Ahad minggu depan dah raya insya Allah). ifthar kali ini ditaja oleh abang sulung kepada salah seorang daripada AJK Surau, En Shaharuddin atau Pak Teh Tat.

Menu Utama:
 - kurma untuk berbuka
-Nasi Putih
-Daging Masak Lemak Cili api/ gulai lemak daging
-ayam goreng berempah
- sambal goreng tempe + kacang tanah+ikan bilis
-acar mentah
- air blackcurrent dan sarsi ais
- bubur pisang (menu rasmi ni..tiap2 minggu ada)

Menu Sampingan
- kuih puteri mandi
- kuih orang chenor (x ingat nama hehehe)
- buah tembikai merah

Menu rohani
- solat maghrib, isyak, terawih dan witir berjemaah
- tazkirah- hadis nabi tentang pasang surut amalan insan. ketika amalan sedang surut, pastikan diri tetap berada atas jalan yg betul, supaya Allah akan terus memelihara dan memberikan petunjuk. jika lari dari jalan yg betul ketika amalan sedang surut, kebinasaan dijanjikan.

meh kita tengok juadah-juadahnye pula yer..

mengikut putaran jam: ayam goreng berempah, sambal goreng tempe campur kacang tanah dan ikan bilis, acar mentah @ jelatah
 ayam goreng berempah
gulai lemak daging/ masak lemak cili api daging
hehehe ini gambar hiasan je..tp memang sejak pertengahan puasa kami sediakan aiskrim malaysia utk adik2 kita yg dtg hidupkan surau..sangat laku ais krim tersebut..dan salah satu cara untuk jimat dan tidak membazir bila ada byk air lebih dan x habis

ifthar ni kira program makan-makan "grand" yg terakhir untuk Ramadhan tahun ini. insya Allah kita akan teruskan program ini pada tahun tahun yang akan datang...jumpa lagi!! selamat mengimarahkan malam-malam terakhir Ramadhan!!

Monday, August 6, 2012

Ifthar 2 2012 @ Nuzul Quran

Pada 05 Ogos 2012, bersamaan dengan 17 Ramadhan 1433H Alhamdulillah sekali lagi Surau Sg Jahit telah menganjurkan majlis berbuka puasa untuk kali ke-2, bagi tahun 2012. Ifthar ke dua ini jatuh pada malam sambutan Nuzul Quran, iaitu malam ke 17 Ramadhan.

Menu Utama
- Mee Kari Sungai Jahit
- kurma yusuf Taiyoob
- Bubur Pisang
- Air Sarsapirala F&N
- Air Oren F&N

Menu sampingan
- kuih buah melaka (resepi Wan Jang)
- kuih popia
- kuih apam

Menu Rohani
- Maghrib, Isyak, terawih dan witir berjemaah
- Tazkirah Khas nuzul Quran- pengajaran di sebalik peristiwa penurunan wahyu pertama dan tanggungjawab terhadap Al-quran: baca, faham dan amal.

 mee kari bersama dengan lauk dan bahan-bahan penyedapnya
 kuih apam, kuah popia, buah melaka dan popia goreng

 kuih buah melaka
 air oren
 air sarsi (sarsapirala)

bubur pisang
 adik ibnu dan Tuah menunggu waktu berbuka...
 sempat lagi tolong baiki lampu surau..(dari depan) Syafiq, abg sabah dan safwan


Jumpa lagi pada ifthar ke-3 insya Allah!!