Monday, March 29, 2010

Akademi Muazzin- keputusan dan penyampaian hadiah

seminggu selepas grand final akademi muazzin dijalankan, majlis pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah telah diadakan. kali ini, penyampaian hadiah dilakukan oleh imam masjid kariah kampung dong, Us Fhuzi b mat deli.

mohd rafieq,13, merangkul tempat ke-3 akademi muazzin.
naib johan, Azri Afandi,10.
Johan akademi Muazzin, Ahmad Iffat, 10.

Akademi Muazzin surau sg Jahit




Akademi Muazzin merupakan satu program melatih para pelajar KIFARA untuk melakukan ibadah azan dengan betul. Pada 27 Februari 2010, akademi ini dimulakan dengan sesi talaqqi tentang azan dan hukum berkaitan, mengikut kumpulan masing masing.

Setelah selesai sesi talaqqi, para pelajar dibawa untuk praktikal azan di luar bilik pembelajaran. Para pelajar yang pada mulanya segan segan akhirnya kelihatan seronok dengan sesi ini, walaupun bermacam peristiwa berlaku sepanjang sesi praktikal, termasuklah nyiur gugur dek "merdunya" azan, serta digigit semut api ketika hendak melaungkan azan.

Tamat sessi praktikal, pelajar kembali masuk ke bilik pembelajaran. Tibalah masanya untuk menguji para pelajar.pentas sebenar akedemi muazzin bermula, dengan penyertaan kira kira lima belas peserta. Walau bagaimanapun hanya 13 peserta yang berjaya menyampaikan azan, sementara dua lagi telah "surrender" awal awal .

Di akhir sesi, penyingkiran peserta telah dilakukan, bagi mengetahui mereka yang layak ke peringkat seterusnya. Seramai empat orang peserta telah tersingkir, sementara sembilan yang lain layak ke peringkat seterusnya.

28-02-2010, peringkat separuh akhir

Peringkat separuh akhir menampilkan sembilan peserta, Imran Affandi,8, Iffat, Azry Affandi, Erwan syah, Waqiuddin, dan Tengku Kamarudin, masing2 10 tahun, Wafiuddin, 12 dan Mohd Rafieq,13.

Sebelum diuji dalam peringkat ini, Peserta peserta dibimbing terlebih dahulu secara intensif oleh mentor mereka, ustaz Mohd Syaheed Sabri.

Peringkat kedua ini telah dihakimi oleh tiga hakim, yang terdiri daripada tenaga pengajar KIFARA sendiri. Penghakiman dilakukan berdasarkan tiga aspek, tajwid/makhraj, lagu/suara dan fiqh azan. Selesai ujian, para peserta diberikan muhasabah umum meliputi kesalahan kesalahan yang dilakukan peserta ketika azan.

Di akhir sessi, tiga peserta disingkirkan bagi memberi peluang kepada enam yang lain ke peringkat akhir akademi muezzin.

Grand Final akademi muazzin


finalist Akademi Muazzin Surau sg Jahit: dari kiri: berdiri- Imran affandi,8, M.Rafieq,13, Azri affandi,10,Ahmad Iffat,10 dan M. Waqiyuddin,10. (tiada dalam gambar: M.wafiuddin,12)

hari penentu sudah tiba. masa untuk para peserta mempraktikkan segala ilmu yang telah diajar. cabutan undi dibuat untuk menentukan giliran peserta.

hakim terdiri daripada tenaga tenaga pengajar kifara sendiri, serta hakim jemputan, ust salpudin bin abd hamid, bilal 2 masjid kariah kg dong.

kru blog jahit2010 sempat merakamkan sebahagian daripada azan para peserta:










di akhir sesi, para pelajar telah diberikan muhasabah seorang demi seorang, agar dapat memperbaiki azan mereka.









Majlis Sambutan Maulidur Rasul

kehangatan menyambut maulid nabi turut terasa ke kampung sungai jahit. setelah sekian lama tidak dianjurkan sambutan sebegini, alhamdulillah pada tahun ini ia kembali dianjurkan.

majlis dimulai dengan solat maghrib secara jemaah, yang menghimpunkan warga sg jahit dr pelbagai latar usia, dr kanak2 hingga warga emas.selepas itu majlis dimeriahkan dengan pembacaan ringkasan selawat yang dipetik kitab maulid syarf al-anaam, dipimpin oleh penceramah jemputan, tuan guru hj fathul ariffin b mohd saleh.

tuan guru merupakan imam 1 masjid kariah dong, yang telah berjuang sebagai seorang daie lebih 40 tahun lamanya. malam itu beliau telah menyampaikan ceramahnya yang menarik, disulami syair,gurindan dan nasyid, yg diberi judul: "cinta.

selepas selesai ceramah dan solat isya, jemaah sama sama menjamu selera dengan menu utama masak lemak cili api ayam, yg dibuat secara bergotong royong di sebelah siangnya.


para muslimat bertungkus lumus menyediakan makanan untuk juadah sebelah malam nanti


jemaah sama sama menjamu selera setelah menjamu rohani dengan ceramah

Kuiz KIFARA

selepas berjaya menganjurkan pertandingan menghafal al-quran, jawatankuasa kecaq/kifara telah mengadakan pertandingan kuiz kifara. pertandingan ini telah disertai empat kumpulan yang terdiri daripada pelajar pelajar kecaq/kifara, soalan soalannya pula dibuat berdasarkan sukatan pelajaran yg telah diajar kepada mereka sebelum ini.

hadiah2 berupa hamper menanti semua peserta

ayahanda pengerusi surau memberikan kata kata aluan sebelum menyampaikan hadiah

penjaga masa yang setia turut diberi hadiah penghargaan

wakil kumpulan "singa" yang menjuarai kuiz menerima hadiah

sebahagian pelajar perempuan bersama "mentor" mereka

para pelajar berdebar debar menunggu keputusan kuiz

pemenang tempat ke-3, kumpulan satu

kumpulan harimau yang merangkul hadiah saguhati
kumpulan naruto yang menjadi naib johan

kecil kecil cili pada- itulah yg selayaknya diungkapkan buat juara kuiz kifara- kumpulan singa