Tuesday, August 31, 2010

ifthar kali ke-3

alhamdulillah pada Ahad, 29 ogos 2010 yg lepas sekali lagi surau telah berjaya mengadakan iftar-majlis berbuka puasa buat kali ke-3 utk Ramadhan kali ini.

majlis berjalan lancar seperti sebelumnya, dan menu kali ini ialah mee sup resepi khas pasukan memasak muslimat surau.

insya Allah ifthar ke-4 iaitu terakhir akan diadakan pada ahad ini pula.

salam ramadhan kareem..slmt beribadah di sepuluh hari dan malam terakhir Ramadhan..

Sunday, August 22, 2010

Ifthar Jama'ie kali ke-2




alhamdulillah pada Ahad,23/8/2010 pihak surau sungai jahit sekali lagi diizinkan Allah mengadakan majlis berbuka puasa-ifthar jama'ie- buat kali ke-2 utk tahun 2010 ini. persiapan perjalanan majlis berjalan seperti biasa, dengan kerjasama para jemaah dari pelbagai peringkat usia.

juadah berbuka seperti biasa dimasak oleh pasukan memasak muslimat surau.menu utama majlis berbuka kali ini ialah nasi ayam dan sirap ais, di samping kuih muih dan tamar.

setelah selesai ifthar, majlis seperti biasa diteruskan dengan solat maghrib berjemaah, kemudian solat isya ,tarawih dan witir secara berjemaah.

Sunday, August 15, 2010

Ifthar Jama'iee 1- 15 ogos 2010

idea bermula ketika saya sedang menyusun jadual petugas2 tarawih, sehari sebelum menjelangnya Ramadhan. bersama beberapa orang pelajar KECAQ, perancangan utk mengadakan ifthar jama'ie seperti tahun2 sblmnya muncul.

pada 15 ogos-ahad, alhamdulillah perancangan ini berjaya dengan izin Allah. kira kira hampir jam 3 ptg, muslimat surau sudah mula muncul dengan bahan bahan mentah untuk diproses menjadi juadah berbuka. kerja kerja memasak diteruskan sambil dihentekian seketika untuk solat asar

kira kira jam enam, kerja disambung semula. adik adik KECAQ juga tidak ketinggalan membantu menyumbang tenaga membuat persediaan untuk berbuka

menjelang maghrib, jemaah mula sampai, dan hidangan juga sudah tersiap sedia. hidangan utama ialah mee kari, dan sirap ais, di samping teh suam, kuih muih,bubur pisang, buah buahan tempatan seperti rambutan, dokong dan manggis, tidak ketinggalan buah kurma serta tembikai

usai ifthar jemaah solat maghrib berjemaah, dan majlis berterusan dengan qiam Ramadhan-solat isya berjemaah, tarawih dan witir




cerita dari gambar

penempatan ayam kampung di tepi surau dipindahkan ke kawasan pokok kantan sebelah longkang untuk memberi laluan kepada projek penambunan tanah dengan batu tar jalan
projek naiktaraf tandas ketika masih dalam penyempurnaan- telah pun disempurnakan pada awal Ramadhan yg lalu
pembersihan kawasan sebelah kanan surau untuk projek naiktaraf perparitan dan tandas

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN@ SURAU SG JAHIT

Ramadhan yg mulia dan penuh berkat kembali bertamu..Alhamdulillah ini tahun ke 2- revival- surau sungai jahit untuk Ramadhan. seperti biasa program program khas sempena bulan keberkatan ini telah pun di atur. Semalam, 10 ogos 2010, ihya malam pertama ramadhan dengan tarawih dan tadarus selamat dilaksanakan alhamdulillah..

antara program2 yg telah dirancang dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

Tarawih
setiap malam Ramadhan, diselitkan dengan tazkirah.
imam: pengerusi surau,ustaz KECAQ, ustaz rizal
bilal: adik2 KECAQ: wafi,irwan,rafieq,waqie dan khairil

tadarus
setiap hari
muslimat: pagi
kecaq: 6 ptg
muslimin: slps terawih

moreh dan ifthar jamaie-tarikh iftar masih dlm perbincangan

selamat beramal dalam bulan ramadhan!!