Wednesday, September 21, 2011

Ijtima Idulfitri- ep3

malam ijtima dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, kemudian tazkirah oleh tuan guru Hj Fathul Ariffin yang mengingatkan tentang kepentingan mengambil iktibar dari Ramadhan dan kelangsungan dan istiqamah yang perlu diteruskan..selepas solat isyak majlis makan makan pun bermula..

abang apih kita sedang menguruskan air batu
antara tetamu2 yang hadir...
- Along Che Mat, Al-Imam tiga masjid kariah, Sabri Alias, dan Pak Ya
adik Ruzaimi kita sedang menikmati juadah
Tuan guru kita al-ustaz sheikh Hj Fathul Ariffin bin Mohd Saleh
ayahanda pengerusi surau, hj shahrin, dan salah seorang pemuda yang berkhidmad sebagai imam dan bilal ramadhan lalu, Safwan.
cikgu Ali, bendahari masjid dan siak masjid, pok de seman
tetamu tetamu yang lain..
alhamdulillah...majlis berjalan dengan lancar...semoga kita mendapat keberkatan Ramadhan dan kelamgsungan istiqamah di bulan2 seterusnya..

ijtima idulfitri- ep2

masa untuk membakar lemang pulak...tahun ini kita tak gunakan kayu api...tapi menggunakan teknologi moden untuk membakar lemang...kredit untuk mak long baha untuk alat pembakar lemang ini
model kita adik waqiuddin menunjukkan bagaimana nak menjadikan alat ini membakar lemang..lihat sambungannya dengan tong gas ya
lemang mula dibakar...dengan menggunakan alat ini lemang akan cukup masak kira kira dua jam sahaja...
ngah arah atau ye sedang memeriksa lemang
dah masak kita susun ye.. kata waqi..
kitA dapat lihat perbezaan di sini..lemang yg dah masak (kiri) yang belum dimasak (kanan)
mari kita tengok menu menu lainnya pula....
kacang,bawang, cili kering...
jadinya kuah kacang
daging import
menjadi rendang
ketupat segera
menjadi ketupat la jugak...
sanquick, gula, esin pisang, pewarna hijau
jadilah air..hai..jimi asmara...

Ijtimak Idulfitri 2011- ep1

pada 12 September yang lalu, bersamaan 13 Syawwal, pihak jawatankuasa dan pengurusan surau kampung sg jahit telah mengadakan majlis sambutan idulfitri. seperti biasa sehari sebelum majlis proses penyediaan awal bermula..

mula mula sekali tentulah mencari buluh lemang... duduk di kg sg jahit alhamdulillah cari buluh bukan satu yang susah sangat...
kelihatan ustaz angah kita berpakaian PLKN memilih buluh buluh terbaek..
pak lang razi pula tekun memotong buluh buluh menjadi saiz lemang
lepas dipotong hendaklah dibasuh pula buluh2 tADI.. agar segala miang miangnya hilang
inilah buluh buluh yang siap diproses...mula-mula rasa dah cukup..tapi pagi esoknya sekali lagi kami mencari buluh tambahan...takut tak cukup..trima kasih kpd angah, pak lang, mak lang, mak long, ust rizal, waqie dan pa'ie sebab bekerja keras cari buluh!!
selain buluh, kita juga perlukan daun pisang untuk dijadikan alas beras yg akan dimasukkan ke dalam buluh...mula2 geng angah, waqi dan baby cari daun ni..sebab x cukup geng muslimat surau cari pulak...
ha...yang ini paling penting...beras pulut...kalau tak tak berisilah lemang kita...
selepas itu para muslimat bergotonh royong mengisi beras ke dalam buluh, kemudian mengisi santan sebelum lemang dibakar..