Sunday, August 14, 2011

Ifthar 2nd 2011


alhamdulillah pada hari Ahad-14 Ogos 2011- pihak surau sg jahit telah mengadakan majlis berbuka puasa ke-2 untuk Ramadhan 2011. majlis berjalan lancar seperti biasa, dan kehadiran juga bertambah sedikit dari minggu yang lalu. selepas Iftar, seperti biasa jemaah solat maghrib berjemaah, kemudian isya, tarawih, tazkirah dan witir.

antara juadah juadah:

kuih talam ubi- dibuat "di bazar Ramadhan " pekan Dong..hehehe
menu utama ifthar ke 2- nasi ayam- yang ni made in surau bukan di bazar


kuih koci pulut hitam- juga made in bazar

air bandung soda- semestinya made in surau...

solat terawih telah diimamkan oleh saudara Safwan bin Sabri, dan dibilalkan oleh adik Mohd Rafieq mohd Rashidi.
tazkirah berkisarkan galakan tadarus, dan memperbanyakkan membaca al-Quran di bulan Ramadhan, bulan turunnya al-Quran.

jumpa lagi dalam laporan ifthar akan datang!!

Sunday, August 7, 2011

Ifthar pertama 2011

Ifthar Pertama 2011- 7 Ogos 2011

genap seminggu ummat islam menjalani ibadah puasa dan mengharungi Ramadhan yang penuh berkat, pihak surau sungai jahit telah mengadakan majlis ifthar pertama.

seperti kebiasaannya kerja kerja penyediaan juadah oleh team muslimat surau bermula seawal usai zuhur. menu kali ini ialah ayam masak lemak dan acar mentah. pencuci mulutnya pula buah melaka. air pula teh o dan air berkaler hijau.

masak lemak kuning@ gulai ayam
kuih buah melaka
ini contoh air kaler hijau. namanya kelakar jugak, air jimi asmara. bahan utamanya perisa pati sunquick,perisa pisang(esen pisang) dan pewarna hijau

majlis bermula dengan berbuka puasa, kemudian solat maghrib berjemaah. dilanjutkan pula dengan solat isya dan tarawih berjemaah, yang diselitkan dengan tazkirah. kemudian seperti biasa selepas terawih jemaah menikmati moreh yang disediakan.

selepas ini iftar kali ke-2 pula menunggu..apa menunya? tunggu...!!

Qiyam Ramadan @ Surau Sungai Jahit

assalamualaikum w.b.t...

apa khabar semua? lama benar kita tidak bersua di blog ini. walau lama x dikemaskini sehingga sunyi, insya Allah di alam realiti sana surau kita ini tidak lah sunyi...


Ramadan bertandang lagi. Seperti tahun tahun sebelum ini, Surau Kampung Sungai Jahit alhamdulillah meneruskan lagi aktiviti Qiyam Ramadhan, menghidupkan malam malam Ramadhan yang penuh keberkatan.

Tahun ini, legasi penglibatan pelbagai peringkat usia alhamdulillah dapat diteruskan. Tidak kira Tua dan muda, lelaki dan perempuan, kanak kanak dan dewasa, sama sama mengimarahkan malam malam Ramadhan Surau Sungai Jahit.

Selain aktiviti aktiviti seperti iftar, tarawih dan moreh, tahun ini pihak pengurusan program qiyam Ramadhan cuba menerapkan beberapa pembaharuan.

Imam

Tahun ini, seramai lapan imam dijadualkan bertugas, kebanyakannya daripada anak anak muda kampung sungai jahit sendiri, yang mempunyai latarbelakang pengajian pengkhususan pendidikan Islam.

Ustaz Shahrul Faiz Shahuddin Al-Azhar Cabang Zagazig, Mesir (Usuluddin)

Ustaz shahrizal Ustaz, Sekolah Kebangsaan Tanjung Raja.

Ustaz Fahmi Reza Basri Pegawai Agama, Pusat Serenti Sungai Ruan

Ustaz Ahmad Shamil Shahrin UIAM Gombak, graduan Fiqh & Usul Fiqh

Syafiq Sabri UIAM Gombak, mahasiswa Fiqh & Usul fiqh

Safwan Sabri lepasan Ma'ahad Tahfiz Tanjung Karang.

Pihak surau juga telah menjemput dua imam jemputan, iaitu:

1. Ustaz Mohd Amir Razini b Abd Rahman

Imam Besar (Imam Daerah), Masjid Abu Bakar as-Siddiq (Masjid Jamek Kariah Kampung Pasir Bayam), Dong.

2. Imam Mohd Fhuzi bin Mat Deli, Imam dua, Masjid Jamek Kariah Kampung Kuala Gali.

Bilal

Seperti biasa tugas bilal diterajui oleh adik adik kita, Mohd Waqiuddin Abd Jalil, 11, dan Mohd Rafiq Mohd Rashidi. Turut membantu para pemuda- Abd Sattar, Safwan Sabri dan Syafiq Sabri.

KULTUM

KULTUM merupakan singkatan kepada Kuliah Tujuh Minit. Ia merupakan penjenamaan semula slot tazkirah yang diselitkan selepas empat rakaat solat tarawih, yang mengambil masa kira kira 7 hingga 10 minit. Tahun ini setiap imam yang bertugas menyampaikan sendiri slot tazkirah kultum ini.

Selain tazkirah berkaitan Ramadhan, KULTUM turut menyentuh topik aqeedah, Hadis dan Fiqh.

Ifthar

Seperti tahun yang lalu, majlis berbuka puasa diadakan seminggu sekali iaitu setiap hari Ahad. Pengurusan juadah seperti biasa diserahkan kepada pakar dalam hal ini, tidak lain tidak bukan pasukan muslimat surau.

Sama sama kita berdoa agar segala perancangan kita diizinkan Allah menjadi kenyataan. Semoga kita dikurniakan istiqamah untuk meneruskan pencarian keberkatan di bulan Ramadhan. Ameen...