Friday, August 23, 2013

Ifthar ke-2 Surau 2013

Ifthar ke dua pun dibuat secara kecil-kecilan sahaja. tidak seperti tahun-tahun lalu. sangka baik. mungkin tahun ini team memasak kita sibuk dengan urusan-urusan keluarga di bulan Ramadhan.

Tarikh dipilih Jumaat. Rifaie dah sukarela nak masak hidangan utama untuk ifthar yang ini. resepi yang dia baru belajar. western resipi lagi tu!! kebetulan pula 2 imam tahfiz yang bertugas sebagai imam terawih di masjid kariah akan bertolak pulang pada keesokan harinya. jadi kami jemput mereka sekali.

kehadiran lain- IRwan, Waqi, Raja Iman dan ustaz Safwan

pemandangan biasa peti sejuk surau di bulan Ramadhan. akan ada ais krim Malaysia sebagai wasilah menghalang lebihan air moreh
sesi menggoreng daging cincang untuk dijadikan kuah/sos spageti
rebus spageti dengan cara tersendiri
daging yang semakin bersedia untuk menjadi sos /kuah spageti
Siap!! Menu- Spageti + kuah/sos tomato daging, kurma, puteri mandi, murtabak+kari, buah tembikai

Thursday, July 25, 2013

Ifthar Mini @ Surau Kampung Sungai Jahit

mengikut putaran jam- air tebu, roti john, popia & sardine roll, air jambu batu, kurma, agar-agar, air batu dan apam balik
Ramadhan 2013| setakat ini ifthar jamaie seperti tahun-tahun sebelum ini masih belum diadakan lagi. cuma kami beberapa orang geng surau sempat mengadakan majlis berbuka kecil-kecilan sesama kami. setidak-tidaknya ada jugalah ifthar di surau ini jika memang takdirnya tahun ini tidak ada ifthar jamaie rasmi seperti sebelum ini..

ifthar mini ini simple dan ringkas sahaja. kami beli menu ala kadar di bazar-seperti dalam gambar-. selepas berbuka bersama kami solat maghrib berjemaah.

Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan 1434 H - 2013 M Bertamu!!

Alhamdulillah Ramadhan bertamu lagi. kali ini bagi sessi 1434 tahun hijrah dan 2013 tahun masihi. seperti biasa surau kampung sungai jahit meneruskan tanggungjawab mengimarahkan surau warisan turun temurun ini pada bulan Ramadhan dengan ibadah-ibadah khusus Ramadhan, khusunya Qiyam Ramadhan dengan solat terawih dan witir serta tazkirah di tengah-tengahnya.

seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini pihak SKSJ telah menjemput beberapa orang imam dari luar kawasan untuk mengimarahkan malam-malam Ramadhan di Surau Kampung Sungai Jahit.

1. Ustaz Amir Razini Abd Manan- imam daerah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Dong Jaya. tahun lepas sudah dijemput dan diperkenalkan.

2. ustaz Aidil Yusri- ustaz di SMA Al-Ulum Ad-Diniah, Dong. berasal dari Sanggang Temerloh, seorang graduan universiti Al-Azhar, Mesir.

3. Ustaz Muhamad Taufiq Sagimin- tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Kg Sg Lar, anak kepada ust Sagimin bin tugimin, imam MABAS dan pendaftar nikah (tok naib) kawasan Dong.

imam-imam lain adalah ust Ahmad Shamil dan ust Mohd Safwan. bilal juga mengekalkan beberapa muka lama seperti adik Muhammad Rafieq dan Waqiuddin. di samping itu, ada juga perlantikan bilal baru seperti
Khairul Nizam Khalil (wakil belia) dan Rosnizam serta Solihin rosli dan Erwan Shah Ahmad Safwan (pelajar-pelajar Maahad Kg Sg Lar)

semoga Allah memberkati, meredhai dan mengurniakan keampunan kepada kita dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.