Wednesday, December 21, 2011

BBQ School Break 2011

pada hari selasa, 20/12/2011. alhamdulillah kami dapat menjalankan program perkhemahan BBQ geng surau untuk sessi cuti sekolah tahun 2011.
meh kita ringkaskan sahaja ya...

kehadiran: abg apih, abg shamil, rafieq, qowiy, wafi, waqi, baby.
tak hadir: angah [balik mesir],abg apiq [keje kuantan], abg aie [blaja sarawak], rifaie [balik mempaga], erwan [cuti cuti malaysia] dan khairil [berkhatan...jua akhirnya hehehe]

aktiviti:
- petang: mencari kayu api [lepas hujan pulak tu], jalan jalan pasar malam beli ayam, bahan perap dan alas perut
- tukang perap: seperti biasa : chef bahariah (mak long baha.. TQ mak long :) ]
- maghrib- solat berjemaah
- slps maghrib: hidupkan api, bakar ayam.
- jumpa stok bunga api bulan puasa...main hehehe
- solat isya berjamaah
- sambung bakar ayam,bila ayam siap makan ayam dengan nasi putih
- masa nak ambik gambar burung merbuk, burung terlepas dari sangkar, dan terbang ke luar surau. aktiviti yang tak dirancang pun berlaku: menangkap burung merbuk
- habis makan "night rider" konvoi motor lihat keindahana malam...terjumpa katak hutan yg besar melintas jalan masa lalu depan rumah arwah pak tam mamat...tp x dan ambik gambar..
- balik bercerita, berehat, yg ada laptop layan game, yg ad broadband layan internet, kemudian tidur.

seterusnya kita biarkan gambar bercerita ya!!
inikah sahaja yg tinggal ??



gaya seorang tukang kayu

jari dia dah luka siang tadi masa potong kayu...ruzaimi..oo ruzaimi..mlm2 dia main gunting pulak ye
waqie dan ruzaimi hidupkan api....eh geng, bukan kita ada kompang jer ke?? mana pulak dtg gitar tu
wafi praktikkan skill pengakap dia utk nyalakan api....qawie seperti biasa sekadar memerhati
teratak tempat lepak dan tidur

jumpa stok lama bunga api kita layan bunga api dulu...
eh ayam kita dah masak la....eh masak ke hangus tu...hangus pun hanguslah janji "best"
anak anak gembira bermain bunga api

qawiy seronok ye mlm ni... 1st time qowiy join geng..sebelum ni qawiy tgk gambar kami BBQ je
wafi mengajar abg apih cara2 memasak yg betul

ayam yg sedang dipanggang...jangan lupa balik balikkan dan tengok belakang supaya sejarah lama tidak berulang

qowiy x sabar dah nak meratah ayam

ok geng....dah masak boleh makan ramai ramai ya...walaupun setiap kali ayam diangkat semua serbu ek..