Sunday, November 21, 2010

PKSJ's 3rd Show

21-11-2010- setelah melalui latihan latihan sepanjang beberapa minggu tiba masanya untuk kerja sebenar. alhamdulillah Pasukan Kompang Sungai Jahit menyelesaikan tugas seterusnya. walaubagaimanapun terdapat juga kelemahan kelemahan yang insya Allah akan dibaiki pada masa hadapan. apa apa pun tahniah diucapkan buat adik adik semua atas persembahan kalian kali ini :)

Rafieq Q-ketua pasukan bergaya sekejap sementara menunggu waktu berkompang
kelihatan wajah wajah yang tidak berapa tenang di situ..letih? gabra atau apa tu wafi...
ketua pasukan memberi arahan

setelah selesai berkompang

rafieq dan erwan syah-berehat sebentar setelah "merah tangan" mengarak rombongan pengantin dengan paluan kompang
wajah rifa'ie yang nampaknya begitu berpuas hati
"tangan dah merah dah ni..kertas merah bila nak dapat ni..." mungkin itulah yg difikirkan..heheh gurau je waqie

Qurban@ Surau Sungai Jahit

pada 18 November 2010 yg lalu, alhamdulillah surau sungai jahit sekali lagi seperti tahun tahun sebelumnya menganjurkan program qurban. program kali ini melibatkan 5 ekor lembu dan 29 orang peserta qurban.

gambar: antara lembu yang akan diqurbankan

selesai sahaja solat sunat hari raya aidiladha, orang ramai mula berkumpul di perkarangan surau untuk bergotong royong menjayakan majlis qurban. alhamdulillah kehadiran orang ramai -termasuk ajk surau, pasukan muslimat dan tidak ketinggalan adik adik KECAQ-untuk membantu sungguh menggalakkan seperti tahun tahun yang sudah. haiwan qurban telah disembelih oleh imam masjid kariah, Mohd fhuzi, dan cikgu diauddin Omar.

berkat kerjasama dan gotong royong antara semua yang hadir, program berjaya diselesaikan sebelum Zuhur. pada tahun ini, sebanyak 34 orang fakir miskin telah diberikan daging 3.5 kg setiap seorang, yang merupakan 1/3 drpd keseluruhan daging qurban.


papan putih menunjukkan kira kira pembahagian daging qurban

selesai program, orang ramai dijamu dengan jamuan makan tengahari, yang menu utamanya diambil dari bahagian 1/3 hadiah.

mewakili pihak pengurusan surau sungai jahit, kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.semoga kita dapat menganjurkan program yg sama pada tahun yang akan datang. semoga segala kerja kita diberi ganjaran oleh Allah Ta'ala.



kesan kesan tempat sembelihan setelah selesai qurban

kerja kerja menanam sisa sisa buangan

Monday, November 15, 2010

PKSJ@Ihtifal Taski sg Lar & Gotong royong Qurban

PKSJ @ Ihtifal Taski Sungai Lar

Alhamdulillah pasukan persatuan kompang surau sungai jahit-pksj- mengorak langkah lagi dengan menerima undangan kompang, kali ini di majlis penyampaian hadiah taski sg lar, yang merupakan tempat belajar ramai dari kalangan pelajar dan juga tenaga pengajar KECAQ.

Persembahan kali ini melibatkan 7 orang:
- Mohd Rafieq Mohd Rashidi (Ketua)
- Mohd Rifaie Mohd Rashidi
- Mohd Wafiuddin Abd Jalil
- Mohd Waqiudiin Abd Jalil
- Mohd Khairil Hakim b Khairuddin
- Erwan syah bin Ahmad Safwan
- Ust Ahmad Shamil



Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh pengerusi dan pengetua taski, merangkap imam besar masjid kariah kampung kuala gali, al-fadhil tuan guru hj Fathul Ariffin bin Mohd Salleh. Kemudian majlis dimeriahkan dengan paluan kompang. Selepas itu, majlis diteruskan dengan :

- Bacaan al-Quran dan tafsirannya , dibaca oleh dua pelajar perempuan sessi petang

- ucapan pembukaan oleh ust fathul ariffin. Beliau telah menerangkan tentang sejarah taski, yang pada tahun hadapan genap 25 tahun. Beliau juga dalam ucapannya menyebut harapannya agar tempatnya sekarang boleh digantikan orang lain, kerana factor usianya. Juga menyuarakan impian beliau untuk mendirikan maahad tahfiz di atas tapak tanah waqaf di mana taski berada sekarang.

- ucapan wakil ibubapa, oleh tuan imam Mohd Fhuzi b mat deli. Antara lain beliau berharap graduan graduan taski yang sudah berjaya dapat berkumpul kembali membantu menghidupkan dan meneruskan perjalanan institusi pendidikan islam ini.

- hafazan ayat lazim oleh kumpulan pelajar sessi petang

- cerita pendek oleh dua pelajar perempuan sessi pagi

- penyampaian hadiah bagi para pelajar atas kecermelangan akademik mereka

- doa penutup

akhirnya para tetamu sekali lagi diraikan dengan paluan kompang, sebelum dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti pulut dan rendang ayam, bihun goreng, pelbagai jenis kuih muih dan juga "sate buah".


gotong royong sempena qurban


Pada hari dan waktu yg sama, tetapi tempat berbeza iaitu di surau sg jahit, telah diadakan gotong royong sempena majlis qurban hari raya hai nanti. Kerja kerja pembersihan dan pembaikpulihan telah dilakukan bagi melancarkan lagi majlis qurban yang akan diadakan nanti.



tampal bahagian bahagian yang sudah berlubang

tapak qurban yang telah diterangkan

alat alatan yang sudah dan akan dibersihkan

ini pula salah seekor lembu yg bakal diqurbankan :)