Monday, September 27, 2010

Majlis Sambutan Raya Surau Sungai Jahit

Pada hari Ahad, 26 September 2010 bersamaan 17Syawal, surau sungai jahit telah mengadakan majlis sambutan hari raya. dua hari sebelumnya, perbincangan dengan pasukan memasak muslimat memutuskan juadah juadah yang bakal dihidangkan pada malam sambutan.

gambar selingan: geng surau sedang "memerancan" laptop ustaz
nak pergi kedai pun nak ikut gak...maka penuhlah proton wira biru itu..layan..

Operasi Buluh Lemang

Pada hari sabtu, selepas selesai kelas KECAQ, bermulalah proses pencarian buluh lemang sekitar kampung sungai jahit. misi ini dijalankan oleh pelajar dan pengajar KECAQ diketuai mak long baha.

Selepas proses menebang, dan memotong, buluh buluh dikumpulkan untuk dibasuh terlebih dahulu sebelum disimpan untuk hari esoknya.

inilah rumpun buluh yang bakal ditebang
ust syafieq tekun memilih mana satu yg nak ditebang ni
ketua operasi sedang memotong buluh lemang
ini pula gaya adik adik kita yang tak pernah jemu menyumbang tenaga
waqie..nak parang sapa tu??

buluh buluh yang siap dipotong dan dibersihkan

operasi melemang merendang menasi himpit dan mengkuah kacang

Pagi Ahad bermulalah gotong royong untuk memasak juadah utama-lemang, rendang,nasi himpit dan kuah kacang. Seperti biasa ia melibatkan segenap peringkat usia jemaah surau..alhamdulillah..

bridged memasak surau sg jahit mula menjalankan tugas2 memproses bahan2 mentah
pengerusi dan bendahari turut turun padang..membersihkan kawasan sekitar
bridged memasak mula memasak rendang
bagusnya...adik rafieq kita turut membantu "mengacau" rendang hehehe amir tolong tengok
sambil kacau rendang kita bertukar tukar cerita...begini caranya kemesraan desa...
rendang yang sudah siap..
wan cu tekun menjaga api untuk menghasilkan lemang yang terbaik
lemang yang hampir masak dibaringkan begini
lemang yang masih belum layak dibaringkan terpaksa tidur berdiri ye
pengerusi surau sedang memeriksa perbarisan lemang

wan cu, mak long baha dan ust syafieq tekun menjaga proses membakar lemang

dan inilah hasilnya lemang yg sudah masak

Menjelang maghrib jemaah dan para tetamu mula tiba. selain jemaah surau dan penduduk kampung sungai jahit, majlis turut mengundang jemaah masjid kariah kampung kuala gali bagi mengimarahkan lagi majlis ini.

Majl;is dimulai dgn solat maghrib. Kemudian sebelum dihidangkan makanan , dihidangkan dahulu makanan rohani berupa tazkirah Syawwal oleh syaikhuna tuan guru ustaz haji fathul ariffin bin mohd saleh hafizahullah. Beliau yang disentuh oleh beliau, pengistiqomahan ibadah yang dilakukan di bulan puasa sepanjang tahun. Beliau juga mengingatkan betapa pentingnya mengikut sunnah rasulullah s.a.w dalam menjalankan ibadah agar ibadah diterima oleh Allah. Juga bahaya syirik yang tersembunyi agar kita dapat berjaga jaga daripadanya.

Selepas tazkirah dan solat berjemaah fardhu isya, majlis jamuan yang dinanti nanti pun diadakan.

makan time!! jom kita tengok tetamu tetamu kita makan

mula mula adik adik KECAQ

rafieq
faris dan ruzaimie
dari kiri: tengku kamaruddin, wafie, apih dan waqie
inilah antara masakan masakan yang dihidangkan
Tuan guru ust fathul ariffin bersama sama para jemaah menjamu selera

tuan bilal 2 masjid kariah, dan encik zakaria senik@ pok ya
dari kiri: haji nuh, ayahanda tuan pengerusi dan abg wie
siak kami, apih bersama adik adik KECAQ
antara tetamu tetamu muslimin yg hadir

dari kiri: cikgu ali, bendahari masjid kariah bersama tengku puji

ini pula jemaah muslimat...

alhamdulillah majlis bermula dan berakhir dengan baik. semoga segala kerja kita dinilai ibadah oleh Allah..semoga majlis seperti ini dapat kita adakan lagi di masa depan...Amin..

Friday, September 17, 2010

Salam Lebaran...


alhamdulillah kita berjaya mengharungi Ramadan, dan membangunkan malamnya dengan kudrat yang sebaik boleh. semoga Allah merahmati kita semua dan mengurniakan ganjaran buat kita.

sekalung terima kasih buat para jemaah yang istiqamah membantu mengimarahkan surau sungai Jahit sepanjang Ramadhan. juga pasukan memasak muslimat surau yang bekerja keras menyediakan juadah juadah bagi majlis ifthar. tidak lupa adik adik yang berjiwa besar menjadi bilal sepanjang Ramadhan. semoga segala amalan kita itu ikhlas, agar ia ada nilainya di sisi Allah Ta'ala.

Di kesempatan ini warga kerja Blog Surau kampung Sungai Jahit ingin menyeru kita semua agar mengikhlaskan diri kita dalam bermaafan di bulan lebaran yg mulia ini.

"bukanlah hari raya itu semata2 berpakaian baharu, tetapi hari raya itu bagi mereka yang bertambah ketaatannya"

"semoga keberkatan Ramadhan berpanjangan buat kita di bulan syawal ini dan juga bulan2 lainnya nanti"

salam lebaran..

Sunday, September 5, 2010

Ifthar Jama'ie terakhir

alhamdulillah pada ahad,26 Ramadhan bersamaan 5 september 2010, surau sg jahit dgn izin Allah berjaya menyempurnakan program ifthar ramadhan bagi tahun ini dengan selesainya ifthar kali ke-4 iaitu yg terakhir.
majlis berjalan lancar seperti sedia kala dengan kerja sama jemaah dari pelbagai peringkat usia. menu utama kali ini ialah nasi goreng ayam. menu air juga ditukar kali ini kpd sirap bandung soda.
semoga segala gerak kerja dalam program ifthar utk tahun ini dikira ibadah di sisi Allah. selamat meneruskan ibadah di bulan Ramadhan yg masih berbaki!!