Sunday, September 9, 2012

"Surau Terbuka" Syawal 1433/2012

seperti yang telah dirancangkan, pada hari Ahad, 9 September 2012, jawatankuasa dan jemaah surau sungai jahit bersedia untuk menjayakan majlis kenduri raya dan pembukaan semula kuliah ust fathul ariffin selepas dicutikan sempena Ramadhan dan aidilfitri.

awal-awal pagi lagi kami telah diuji dengan bekalan air yang terputus. bagaimana nak masak lemang, rendang, nasi impit dan kuah kacang?

Setiap masalah itu ada penyelesaiannya...jeng..jeng..jeng..

 "lori penyelemat" tiba setelah dihubungi pihak jawatankuasa surau..
 tong, tangki, dan segala bekas-bekas yang boleh menampung air disediakan sejak awal lagi
 adik-adik yang seronok dan teruja melihat abang JBA memenuhkan bekas-bekas, tong dan tangki
 wah besarnya paip...banyaknya air...mungkin itulah yang mereka katakan hehehe
 udah macam kawasan setinggan pun ada rasanya heheheh
baiklah, masalah bekalan air selesai...mari kita mula bekerja untuk memasak menu-menu utama kita pula ya..
daun pisang muda yang telah dilayur dimasukkan ke dalam buluh yang telah dibersihkan

kemudian masukkan beras pulut ke dalam buluh yang telah dialas dgn daun pisang
 lepas tu masukkan pula santan ke dalam buluh yang berisi beras pulut tadi
 kemudian barulah letak lemang-lemang yang sudah tersedia tadi ke dalam "pembakar" kita...
 akhirnya lemang dah masak...masa untuk memotong lemang dan merasmikannya hehehehe
 jadi mcm ni sebab panas lagi...dia masih lembut sikit heheheh

seterusnya kita buat rendang pulak ya...
 pasukan dapur surau yang banyak berjasa dalam majlis-majlis seperti ini

masukkan ramuan , rempah ratus dan daging...kacau sehingga sebati
 masa untuk masukkan santannya....
 agak-agak tak cukup kuah kita tambah air sikit ya...

setelah urusan masak-memasak selesai..tibalah masa untuk acara utamanya..

menu rohani- solat maghrib dan isya berjemaah.
- kuliah TG ust fathul ariffin- akidah ahli sunnah wal jmaah- martabat2 iman- iman ulamak

menu jasmani- 
- lemang dan rendang daging
- rendang kambing (disponsor oleh Hj Nuh)
- nasi himpit dan kuah kacang
- mee hon goreng (disponsor oleh kak Rafidah)
- agar-agar
- kuih raya
- air teh, teh o dan sarsi


 antara yg hadir- (ikut putaran jam) pok de seman, hj zakaria, cikgu Ali, Raja Ali, En Pian, TG Us Fathul Ariffin, imam sabri, ayahanda hj shahrin
 dari bawah: Pok Ya, En Nazir Posmen, Hj Nuh...
 lemang dan rendang
 kuah nasi himpit
 datang jauh dr Sabah hehehe abg Sabah, ibnu sabah dan hang tuah
 set lengkap nasi himpit dan kuah kacang
 snap shot di bahagian tetamu Muslimat
Pemuda-pemuda harapan kg sungai jahit- Ngah Nizam, Hasan dan Saiful

alhamdulillah dgn izin Allah majlis berjaya sebagaimana dirancang..
moga dapat buat majlis yg sama pada tahun depan insya Allah!!