Friday, July 30, 2010

INFO TERKINI: PROJEK NAIKTARAF KEMUDAHAN

PROJEK NAIK TARAF KEMUDAHAN (PERPARITAN LONGKANG DAN TANDAS)

PROJEK INI DILULUSKAN DALAM MESYUARAT KED-2 SESI 2010, SETELAH MENDAPAT DANA YANG DISUMBANGKAN OLEH TABUNG MASJID KARIAH DONG.

AHLIJAWATANKUASA SURAU, EN MOHD RAZI@PAK LANG TELAH DIAMANAHKAN UNTUK MENGURUSKAN PERKARA BERKAITAN PROJEK INI.BELIAU TELAH BERJAYA MENDAPATKAN DANA SEBANYAK RM3000 DRPD PIHAK MASJID KARIAH.

PENAIKTARAFAN PERPARITAN -LONGKANG- MENGGANTIKAN LONGKANG/PARIT YANG SEDIA ADA DENGAN LONGKANG SIMEN, BERMULA DARI HUJUNG LONGKANG SEDIA ADA HINGGA PERIGI LAMA.SEBELAH KANAN SURAU, BERDEKATAN PROJEK AYAM KAMPUNG SURAU.

TANDAS- PEMBINAAN SEBUAH LAGI TANDAS UNTUNG MENAMPUNG KEPERLUAN JEMAAH SURAU, DI SAMPING MEMPERBAIKI TANDAS DAN BILIK AIR YANG ADA

KECAQ: PENJELASAN

Kelas Celik al-Quran yang dimulakan pada sesi cuti persekolahan 2009, pada mulanya dibiayai perbelanjaannya melalui dana umum surau sungai Jahit. setelah lebih sebulan beroperasi, pihak pengurusan KECAQ telah mengambil inisiatif melancarkan kutipan derma melalui surat yang dihantar kepada ahli perniagaan dan pemimpin kampung.

Hasil dari inisiatif ini, KECAQ berjaya mendapat dana khas untuk programnya sendiri. Ia sekaligus mengurangkan bebanan terhadap dana umum surau. Mulai Februari 2010, masjid kariah kampung dong dan seorang ahlijawatankuasanya telah bersetuju menghulurkan sumbangan bulanan kepada program ini. selain sumbangan ini, KECAQ juga menerima sumbangan dari penyumbang penyumbang dari jemaah surau, termasuk duit zakat yang diinfakkan khas buat KECAQ.

Alhamdulillah sebahagian besar perbelanjaan KECAQ diambil dari sumbangan2 khas terhadap KECAQ.

Persatuan Kompang sungai Jahit-PKSJ- merupakan cabang kepada KECAQ. Pembelian 10 biji kompang untuk pasukan ini, khabarnya menimbulkan tanda Tanya bagi setengah pihak.

Dinyatakan di sini, pembelian kompang tidak menggunakan dana umum surau. Pembelian kompang ini dilakukan secara berperingkat, menggunakan duit terkumpul sebahagian tenaga pengajar dan pelajar KECAQ, serta dana khas KECAQ.

Diharapkan penerangan ini dapat menghapuskan segala salah faham.

Wallahu'A'lam.

Friday, July 9, 2010

Ceramah Isra Mi'raj


Alhamdulillah pada hari khamis malam jumaat, 8 julai 2010, jawatankuasa surau sungai jahit telah berjaya menganjurkan ceramah sempena isra mi'raaj. Ceramah telah disampaikan oleh al-Fadhil ustaz Affuan bin che Mansor,(gambar) seorang tenaga pengajar Uitm Shah Alam yang merupakan graduan sebuah universiti di Jordan, yang sedang menyiapkan thesis masternya di UIAM.

Walaupun tidak sempat membuat rakaman ceramah tersebut, Berikut adalah intipati2 ceramah yang disampaikan oleh beliau, yang sempat dicatatkan oleh pihak kami.

Muqaddimah
Hadis Bukhari dan Muslim- drp Saidina Ali R.A, bahawa baginda s.a.w pada satu malam telah mengetuk pintu rumah mengejutkan beliau dan fatimah untuk solat malam, maka saidina Ali berkata: wahai Rasulullah, diri kami berada di dalam tangan Allah, jika Dia mahu kami bangkit kami akan bangkit. Lalu baginda berlalu setelah mendengar perkataan Ali. Dan Ali mendengar baginda bersabda sambil menepuk peha, " adalah manusia itu makhluk yang paling banyak berjadal".

Pengajaran dari wahyu2 terawal
- wahyu2 terawal telah menghimpunkan beberapa persediaan dan persiapan yg wajib dilakukan oleh kita.
- Surah al-Alaq: kepentingan ilmu melalui pembacaan
- Surah al-muzammil/mudassir- seruan agar bangkit memberikan peringatan(dakwah)- sekurang2nya dakwah dgn penampilan kita yang bersih(dan pakaianmu bersihkanlah)
- Surah al-Qalam: pen sebagai alat yang penting yang punyai banyak kelebihan sepanjang zaman, sutur: garis lurus/barisan tulisan sebagai simbolik perlunya gerak kerja yang tersusun dalam melaksanakan tanggungjwab


Tafsir ayat pertama Surah Isra'
- Asra: dengan buraq, haiwan yang lebih besar dari keldai, tetapi tidak sebesar baghal. Warnanya putih. Beriman Sbgaimana diterangkan di dalam hadis soheh, bukan bayangan bukan2 yang x sabit dgn nas
- Bi 'abdihi: disebut rasulullah dlm ayat ini sbg hamba, memperingatkan tentang hakikat kehambaan, bahwa walaupun baginda rasul, baginda tetap hamba Allah.
- Lailan (satu malam)- mukjizat singkatnya perjalanan, kebiasaan orang arab ketika itu mengambil masa 40 hari utk ke Baitul Maqdis.
- Dari masjidil haram: tempat yang paling suci, disebut "haram" kerana diharamkan perkara2 tertentu hanya di tempat tersebut. Terdapat ulama seperti imam malik berpendapat tempat yang paling suci ialah masjid nabawi, kerana tertanamnya jasad baginda s.a.w di dalam tanahnya.
- Ke masjidil aqsa yang diberkati sekelilingnya: iaitu bumi syam- Jordan, palestin, Syria dan lubnan sekarang- yang diberkati sekelilingnya. Antaranya dengan buah tin dan zaitun, yang hanya tumbuh di tempat yang terkena cahaya matahari terbit dan matahari terbenam. Bumi yang subur berbanding tempat berdekatan, hinggakan di palestin pokok pisang pun tumbuh subur.
- Untuk memperlihatkan kpd baginda tanda2 kebesaran Allah: antaranya keadaan bumi syam yang disebutkan tadi. Juga dibuka hijab bagi rasulullah s.a.w hingga baginda dapat melihat perkara2 ghaib seperti malaikat, sidratul muntaha, azab dan nikmat yg diberi kpd manusia. Perkara2 ghaib asalnya x dpt digambarkan pandangan mata, x dpt digambarkan dengan cerita diperdengarkan kpd telinga, dan x boleh digambarkan lintasan hati manusia.

Ummat terpilih
Ketika baginda mahu berangkat ke langit seterusnya stlh bertemu nabi musa, tiba tiba terdengar nabi musa menangis. Lalu baginda bertanya kenapa, jawab nabi musa: pengikut org muda seperti kamu lebih banyak masuk syurga daripada umatku. Ini tanda umat kita umat pilihan, menafikan dakwaan2 org yahudi tentang diri mereka.

Penutup
Hadis tentang kelebihan orang yang membaca dan menghafal al-quran.

Sesi soal jawab

Nabi s.a.w berbicara dengan Allah dalam bahasa apa?
- berdasarkan hadis2 dalam peristiwa ini, berbicara dalam bahasa Arab, yang juga merupakan bahasa syurga. Begitu juga bicara baginda s.a.w dgn nabi2 lain yang asal bahasa mereka bukan bahasa Arab.

Maksud masuk syurga dengan rahmat Allah
- nikmat syurga itu tak terbayar dengan amalan kita, namun Allah mencurahkan rahmatnya tak terhingga membolehkan kita masuk syurga.

Selesai ceramah dan solat isya secara berjemaah, para hadirin bersama2 penceramah sama sama menjamu selera dengan jamuan yang disediakan. Antara juadahnya ialah masak lemak cili api ayam,kerabu taugeh+pucuk paku+kerang, ikan masin, ulam ulaman dan sambal belacan.

Tuesday, July 6, 2010

mesyuarat jawatnkuasa kali ke-2 2010

Pada malam 6 julai 2010, mesyuarat jawatankuasa surau sungai jahit kali ke dua telah diadakan. Ia merupakan mesyuarat pertama yang dihadiri ahlijawatankuasa muslimat yang dilantik pada mesyuarat yang lepas. Semua ahli jawatankuasa lain turut hadir, kecuali ustaz yasir bin amiruddin.

Antara perkara penting yang dibincangkan ialah projek naik taraf kemudahan surau. Alhamdulillah salah seorg ajk telah berjaya mendapatkan kelulusan peruntukan untuk baik pulih. Projek ini akan dimulakan dengan pembaik pulihan sistem perparitan surau, yang akan dipantau dan diuruskan oleh en. Razi @ pak lang yang dipilih sebulat suara oleh mesyuarat.


Wakil pemuda surau, apih tekun mendengar (atas)

bawah- pak lang razi mendengar penerangan dengan teliti

Jawatankuasa juga telah bersetuju untuk mengadakan ceramah khas sempena israk mikraj pada hari khamis, 8 julai 2010 bermula dengan solat majlis berjemaah. Pihak muslimat seperti biasa akan bergotong royong menyediakan juadah untuk malam tersebut. Ceramah insya Allah akan disampaikan oleh al-fadhil ustaz Affuan Che Mansor, yang berkelulusan sarjana muda dari sebuah universiti di Jordan.

hj Abd Rahman bin Tut

Turut dibincangkan ialah tentang ihya Ramadhan yang bakal menjelma. Insya Allah surau akan diimarahkan pada Ramadhan dengan kerjasama semua, dengan program tadarus, terawih dan tazkirah, juga moreh. Ramadhan kali ini juga bakal menyaksikan pelapis pelapis baru dari kelas KECAQ yang akan diserap sebagai bilal secara bergilir. Imam pula akan menggandingkan tenaga2 muda dan orang lama.

Antara isu yang dibangkitkan ialah program korban. Walaubagaimanapun pihak jawatankuasa bersetuju untuk menyerahkan pengurusan korban pada pengurusan yang sedia terlantik untuk meneruskan program tersebut.

Mohd Nor bin Ahmad@ we nor- bendahari surau
abd jalil ali@pak cik jalail -setiausaha-tekun mendengar untuk mencatit minit2 mesyuarat

ayahanda pengerusi

DIARI MINGGUAN- 5- 11 JULAI 2010

ISNIN DAN SELASA- SLPS ASAR-LATIHAN KOMPANG
SELASA- MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU KALI KE-2-SLPS ISYA
RABU- KELAS FIQH PEMUDA-RUKUN SOLAT- SUJUD
KHAMIS- CERAMAH ISRAK MIKRAJ- UST AFFUAN CHE MANSOR- SLPAS MAGHRIB
JUMAAT- KULIAH FIQH MUSLIMAT- SUNAT HAIAAT- BHG 4
SABTU & AHAD- KECAQ

BBQ KECAQ II

gambar-gambar sekitar BBQ KECAQ kali ke-2, yang diadakan pada hari Jumaat, 24 Jun 2010 yg lalu.
usai solat maghrib, ayam perapan resepi mak long baha mula diletakkan di atas api yang sudah elok berbara.
maka sesi menunggu ayam masak pun bermula...
BBQ kami x ada sesi nyanyi2 keliling unggun api punya..
ada sesuatu yg menarik yang diceritakan oleh zukry

Rafieq seronok betul malam tu. rupa rupanya tepat 12 malam malam tu umurnya genap 13 tahun. Semoga Allah panjangkan umur dan jadikan kamu anak yang soleh, amin ya Rabbal A'lamiin

Wafi, Ruzaimie dan Khairil setia menunggu sehingga ayam masak


waqi dan along dah mula "dirabun" asap..
lamanya menunggu...sampai dah ada yang mula minum anggur ais dah..

sementara tu kita titikkan dan renjiskan minyak dengan serai ni ya...kata Erwan..


akhirnya penantian mereka berakhir...
selepas solat isya, jamuan makan bermula. selain ayam panggang, ada oren, papadom, nasi goreng yang disponsor oleh mak long baha dan kak pie

pandai tak adik adik kita ni memasak? boleh tahan!!

sesi makan makan bermula. dua otai surau- mamat dan apih terpegun melihat aksi adik2 makan ayam panggang

tergelak ustaz syafieq tengok aksi anak anak murid makan dengan bermacam style

bantai la waqie....

zukry meneliti adakah makanan mengandungi perisa dan pewarna yang terlarang heheh
ust ayie yang bercuti dan praktikal- universiti malaysia sarawak- turut hadir memeriahkan BBQ adik2 kita


bersidai di tingkap selepas menjamu selera..

Thursday, July 1, 2010

DIARI MINGGUAN - MINGGU INI- 28/6- 4/7/10

ISNIN - JUMAAT- 6PTG- LATIHAN KOMPANG
SELASA - 28/6/10- PUNGUTAN KOMPANG DI GOMBAK
JUMAAT- FIQH MUSLIMAT- SUNNAH HAI'AAT- SURAH SLPS FATIHAH
SABTU & AHAD- KELAS MINGGUAN KECAQ
AHAD- KULIAH AQIDAH ASWJ- TAUHID: PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN- NO 8 DAN 9

DIARI MINGGUAN- MINGGU LEPAS-21-27 JUN

Diari Mingguan (minggu lepas-21-27 jun)
RABU- FIQH PEMUDA- RUKUN SOLAT-I'TIDAL
JUMAAT- BBQ PELAJAR LELAKI KECAQ
SABTU & AHAD- KELAS MINGGUAN KECAQ
AHAD- KULIAH AQIDAH ASWJ- AQIDAH DAN TAUHID-PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN- N0.6 DAN 7