Saturday, November 24, 2012

BBQ Geng Surau 2012- malam kedua

kemeriahan BBQ hari pertama diteruskan lagi dengan membakar ayam pula pada malam yang kedua.

ayam yang sudah siap diperap. kali ini proses menyediakan bahan perapan dan memerap ayam dibuat oleh kami sendiri. tapi masih menggunakan resepi yg sama, warisan mak long baha :)
khemah turut dipasang seperti biasa
proses memanggang ayam pun bermula. kelihatan raja iman dan waqi sedang menjalankan tugas

brader Q sedang membalik balikkan ayam supaya masak dengan rata
what's going to work? team work!!
raja iman sedang tekun mengipas ayam panggang
mesej saper tu weh?
menjalankan tugas dengan penuh "serius"
jejaka harapan surau- abang apih kiter
ayam panggang dah masak!!



maka sesi makan makan pun berMULA.....


enak tak terkata...tak mampu diungkapkan dalam bicara...hanya isyarat mulut menjadi penutur bicara abang apih kita
orang kampung baru yang nampaknya sudah terpikat dengan keenakan resepi ayam panggang sungai jahit
mesti tahun depan syauqyy nak join lagi kan??

BBQ Geng Surau 2012- Hari pertama

kali ini tarikh 21 dan 22 November menjadi pilihan semua. program kali ini juga dihadiri tetamu istemewa yang merupakan pelajar semat Quran ampang, aehmad syauqy. seperti biasa hari pertama dimulakan dengan membakar bahan bahan ringan sahaja iaitu sosej ayam.

ruzaimieee atau baby sedang menyiapkan sosej untuk dibakar
rafiq Q sedang menjalankan tugas mengawal api supaya sosej yang dipanggang tidak hangus
beramai ramai bekerjasama menyiapkan makanan untuk dimakan
sosej ayam yang siap dibakar
teman tapi mesra....Ruzaimieee dan syauqiyyyyy
ustaz sofwan sedang sibuk di dapur menyediakan hidangan tambahan
telur dadar istimewa resipi ustaz sofwan
ikan masin yang tak masin turut digoreng
ruzaimieeeee sedang mencedok nasik. kelihatan Raja Iman sedang mengambil kesempatan untuk bergambar


hidangan istimewa malam pertama- telur dadar, sosej ayam bakar, ikan kering goreng dan sos mayonis
dua adik beradik harapan- waqiuddin dan wafiuddin
contoh set hidangan lengkap. berminat? sila hubungi kami hehehehe


sesi menjamu selera dimulakan. sungguh berselera nampaknya rafiq menjamu selera
abang apih dan syauqy tekun menjamah sosej ayam bersama nasi
qawiy sedang menjamu selera selepas penat bermain game ketika orang lain bertungkus lumus membakar sosej
bersantai santai selepas menjamu selera, sambil menunggu malam esok yang pastinya lebih istimewa