Sunday, August 15, 2010

Ifthar Jama'iee 1- 15 ogos 2010

idea bermula ketika saya sedang menyusun jadual petugas2 tarawih, sehari sebelum menjelangnya Ramadhan. bersama beberapa orang pelajar KECAQ, perancangan utk mengadakan ifthar jama'ie seperti tahun2 sblmnya muncul.

pada 15 ogos-ahad, alhamdulillah perancangan ini berjaya dengan izin Allah. kira kira hampir jam 3 ptg, muslimat surau sudah mula muncul dengan bahan bahan mentah untuk diproses menjadi juadah berbuka. kerja kerja memasak diteruskan sambil dihentekian seketika untuk solat asar

kira kira jam enam, kerja disambung semula. adik adik KECAQ juga tidak ketinggalan membantu menyumbang tenaga membuat persediaan untuk berbuka

menjelang maghrib, jemaah mula sampai, dan hidangan juga sudah tersiap sedia. hidangan utama ialah mee kari, dan sirap ais, di samping teh suam, kuih muih,bubur pisang, buah buahan tempatan seperti rambutan, dokong dan manggis, tidak ketinggalan buah kurma serta tembikai

usai ifthar jemaah solat maghrib berjemaah, dan majlis berterusan dengan qiam Ramadhan-solat isya berjemaah, tarawih dan witir




No comments:

Post a Comment