Sunday, August 22, 2010

Ifthar Jama'ie kali ke-2




alhamdulillah pada Ahad,23/8/2010 pihak surau sungai jahit sekali lagi diizinkan Allah mengadakan majlis berbuka puasa-ifthar jama'ie- buat kali ke-2 utk tahun 2010 ini. persiapan perjalanan majlis berjalan seperti biasa, dengan kerjasama para jemaah dari pelbagai peringkat usia.

juadah berbuka seperti biasa dimasak oleh pasukan memasak muslimat surau.menu utama majlis berbuka kali ini ialah nasi ayam dan sirap ais, di samping kuih muih dan tamar.

setelah selesai ifthar, majlis seperti biasa diteruskan dengan solat maghrib berjemaah, kemudian solat isya ,tarawih dan witir secara berjemaah.

No comments:

Post a Comment