Friday, April 9, 2010

Sukaneka sambil belajar kecaq/kifara

Pada hari khamis pula, dua pertandingan telah diadakan. Ia disertai oleh dua kumpulan lelaki, iaitu bestari2 dan black tiger, serta satu kumpulan perempuan, wardah.

Dalam permainan pertama, wakil setiap kumpulan dikehendaki melukis pada papan putih, berdasarkan pembayang yang diberi. Kemudian ahli ahli kumpulan akan meneka jawapan berdasarkan apa yang dilukis.

Permainan kedua pula ialah mencari harta karun, ala ala explorace kids. Dalam permainan ini, wakil kumpulan diberi pembayang untuk mengetahui sesuatu tempat, di mana mereka akan mencari solan yang ditampal di tempat tersebut. Setelah soalan soalan dikumpul, pelajar yang tidak menyertai pencarian diminta menjawab soalan2 tersebut dalam masa yang ditentukan. Selain jawapan yang betul, pelajar turut diberi markah atas kepantasan mencari dan menjawab.

ini gambar2 di majlis penyampaian hadiah sukaneka ini:
al-imam mohd Fhuzi b m deli, penyampai hadiah pada hari tersebut.duduk bersamanya ialah anak bongsunya, adik nasrullah


imam, dibantu ustaz syaheed menyampaikan hadiah kpd wakil2 pemenang
inilah hadiah hadiah yang telah dibungkus rapi

adik adik kita sibuk dengan hadiah...ada yang sampai x nak jamah pun hidangan makanan slps tu..budak2 bila dapat makanan ringan..
tempat ke-3,kumpulan wardah- irdina dan wadihah bergambar bersama ustazah hafidzah, menggantikan nurul izzah yg x datang
johan-kump bestari2- irwan,faris dan wafi
naib johan- kump black tiger: azri,iffat,amirul dan waqie

No comments:

Post a Comment