Thursday, April 8, 2010

BBQ Kecaq/Kifara

adik azri affandi, naib johan akademi muazzin melaungkan azan maghrib

Sempena cuti sekolah bulan Mac yg lalu, jawatankuasa KECAQ/KIFARA telah mengadakan kelas khas cuti sekolah, di mana pelajar telah dilibatkan dengan aktiviti aktiviti belajar sambil berseronok.

Pada hari selasa, satu majlis BBQ telah diadakan khas untuk pelajar pelajar lelaki. Majlis dimulakan dengan solat maghrib, yang telah diazan dan diiqomahkan oleh peserta akademi muazzin.setelah solat, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sama sama melakukan kerja kerja penyediaan BBQ, seperti menghidupkan api, mencari tungku, dan menyediakan jaring alas untuk membakar.

abg aziz sedang tekun menjaga BBQ agar tidak hangus

chef surau sedang melaksanakan tanggungjawabnya

adik adik kita ni sementara tunggu ayam masak, sempat lagi berposing di depan kamera ustaz..layan...




Sementara menunggu ayam masak, solat isya ditunaikan. Selepas solat isya, pelajar diajak mengalunkan zikir munajat, serta nasyid2 yang diajar ketika sesi kelas mingguan. Setelah penat berzikir dan bernasyid, pelajar pelajar dihidangkan dengan nasi berlaukkan ayam BBQ, serta air vico ais

No comments:

Post a Comment