Monday, August 13, 2012

Ifthar 3 Surau Sungai Jahit

Pada hari Ahad, 12 Ogos 2012 bersamaan dengan 23Ramadhan 1433, Surau kampung sungai Jahit telah menganjurkan ifthar kali ke 3, dan kali terakhir untuk tahun ini (sebab Ahad minggu depan dah raya insya Allah). ifthar kali ini ditaja oleh abang sulung kepada salah seorang daripada AJK Surau, En Shaharuddin atau Pak Teh Tat.

Menu Utama:
 - kurma untuk berbuka
-Nasi Putih
-Daging Masak Lemak Cili api/ gulai lemak daging
-ayam goreng berempah
- sambal goreng tempe + kacang tanah+ikan bilis
-acar mentah
- air blackcurrent dan sarsi ais
- bubur pisang (menu rasmi ni..tiap2 minggu ada)

Menu Sampingan
- kuih puteri mandi
- kuih orang chenor (x ingat nama hehehe)
- buah tembikai merah

Menu rohani
- solat maghrib, isyak, terawih dan witir berjemaah
- tazkirah- hadis nabi tentang pasang surut amalan insan. ketika amalan sedang surut, pastikan diri tetap berada atas jalan yg betul, supaya Allah akan terus memelihara dan memberikan petunjuk. jika lari dari jalan yg betul ketika amalan sedang surut, kebinasaan dijanjikan.

meh kita tengok juadah-juadahnye pula yer..

mengikut putaran jam: ayam goreng berempah, sambal goreng tempe campur kacang tanah dan ikan bilis, acar mentah @ jelatah
 ayam goreng berempah
gulai lemak daging/ masak lemak cili api daging
hehehe ini gambar hiasan je..tp memang sejak pertengahan puasa kami sediakan aiskrim malaysia utk adik2 kita yg dtg hidupkan surau..sangat laku ais krim tersebut..dan salah satu cara untuk jimat dan tidak membazir bila ada byk air lebih dan x habis

ifthar ni kira program makan-makan "grand" yg terakhir untuk Ramadhan tahun ini. insya Allah kita akan teruskan program ini pada tahun tahun yang akan datang...jumpa lagi!! selamat mengimarahkan malam-malam terakhir Ramadhan!!

No comments:

Post a Comment