Wednesday, September 21, 2011

Ijtimak Idulfitri 2011- ep1

pada 12 September yang lalu, bersamaan 13 Syawwal, pihak jawatankuasa dan pengurusan surau kampung sg jahit telah mengadakan majlis sambutan idulfitri. seperti biasa sehari sebelum majlis proses penyediaan awal bermula..

mula mula sekali tentulah mencari buluh lemang... duduk di kg sg jahit alhamdulillah cari buluh bukan satu yang susah sangat...
kelihatan ustaz angah kita berpakaian PLKN memilih buluh buluh terbaek..
pak lang razi pula tekun memotong buluh buluh menjadi saiz lemang
lepas dipotong hendaklah dibasuh pula buluh2 tADI.. agar segala miang miangnya hilang
inilah buluh buluh yang siap diproses...mula-mula rasa dah cukup..tapi pagi esoknya sekali lagi kami mencari buluh tambahan...takut tak cukup..trima kasih kpd angah, pak lang, mak lang, mak long, ust rizal, waqie dan pa'ie sebab bekerja keras cari buluh!!
selain buluh, kita juga perlukan daun pisang untuk dijadikan alas beras yg akan dimasukkan ke dalam buluh...mula2 geng angah, waqi dan baby cari daun ni..sebab x cukup geng muslimat surau cari pulak...
ha...yang ini paling penting...beras pulut...kalau tak tak berisilah lemang kita...
selepas itu para muslimat bergotonh royong mengisi beras ke dalam buluh, kemudian mengisi santan sebelum lemang dibakar..

2 comments:

  1. assalamualaikum,tuan beli kat mana ya dapur bakar lemang tu,boleh bagitau saya?ni email saya miebss@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam tn! Saya pun nak jugak, beli katne tu! Tq wasalam

    ReplyDelete