Sunday, August 7, 2011

Qiyam Ramadan @ Surau Sungai Jahit

assalamualaikum w.b.t...

apa khabar semua? lama benar kita tidak bersua di blog ini. walau lama x dikemaskini sehingga sunyi, insya Allah di alam realiti sana surau kita ini tidak lah sunyi...


Ramadan bertandang lagi. Seperti tahun tahun sebelum ini, Surau Kampung Sungai Jahit alhamdulillah meneruskan lagi aktiviti Qiyam Ramadhan, menghidupkan malam malam Ramadhan yang penuh keberkatan.

Tahun ini, legasi penglibatan pelbagai peringkat usia alhamdulillah dapat diteruskan. Tidak kira Tua dan muda, lelaki dan perempuan, kanak kanak dan dewasa, sama sama mengimarahkan malam malam Ramadhan Surau Sungai Jahit.

Selain aktiviti aktiviti seperti iftar, tarawih dan moreh, tahun ini pihak pengurusan program qiyam Ramadhan cuba menerapkan beberapa pembaharuan.

Imam

Tahun ini, seramai lapan imam dijadualkan bertugas, kebanyakannya daripada anak anak muda kampung sungai jahit sendiri, yang mempunyai latarbelakang pengajian pengkhususan pendidikan Islam.

Ustaz Shahrul Faiz Shahuddin Al-Azhar Cabang Zagazig, Mesir (Usuluddin)

Ustaz shahrizal Ustaz, Sekolah Kebangsaan Tanjung Raja.

Ustaz Fahmi Reza Basri Pegawai Agama, Pusat Serenti Sungai Ruan

Ustaz Ahmad Shamil Shahrin UIAM Gombak, graduan Fiqh & Usul Fiqh

Syafiq Sabri UIAM Gombak, mahasiswa Fiqh & Usul fiqh

Safwan Sabri lepasan Ma'ahad Tahfiz Tanjung Karang.

Pihak surau juga telah menjemput dua imam jemputan, iaitu:

1. Ustaz Mohd Amir Razini b Abd Rahman

Imam Besar (Imam Daerah), Masjid Abu Bakar as-Siddiq (Masjid Jamek Kariah Kampung Pasir Bayam), Dong.

2. Imam Mohd Fhuzi bin Mat Deli, Imam dua, Masjid Jamek Kariah Kampung Kuala Gali.

Bilal

Seperti biasa tugas bilal diterajui oleh adik adik kita, Mohd Waqiuddin Abd Jalil, 11, dan Mohd Rafiq Mohd Rashidi. Turut membantu para pemuda- Abd Sattar, Safwan Sabri dan Syafiq Sabri.

KULTUM

KULTUM merupakan singkatan kepada Kuliah Tujuh Minit. Ia merupakan penjenamaan semula slot tazkirah yang diselitkan selepas empat rakaat solat tarawih, yang mengambil masa kira kira 7 hingga 10 minit. Tahun ini setiap imam yang bertugas menyampaikan sendiri slot tazkirah kultum ini.

Selain tazkirah berkaitan Ramadhan, KULTUM turut menyentuh topik aqeedah, Hadis dan Fiqh.

Ifthar

Seperti tahun yang lalu, majlis berbuka puasa diadakan seminggu sekali iaitu setiap hari Ahad. Pengurusan juadah seperti biasa diserahkan kepada pakar dalam hal ini, tidak lain tidak bukan pasukan muslimat surau.

Sama sama kita berdoa agar segala perancangan kita diizinkan Allah menjadi kenyataan. Semoga kita dikurniakan istiqamah untuk meneruskan pencarian keberkatan di bulan Ramadhan. Ameen...

No comments:

Post a Comment