Friday, July 9, 2010

Ceramah Isra Mi'raj


Alhamdulillah pada hari khamis malam jumaat, 8 julai 2010, jawatankuasa surau sungai jahit telah berjaya menganjurkan ceramah sempena isra mi'raaj. Ceramah telah disampaikan oleh al-Fadhil ustaz Affuan bin che Mansor,(gambar) seorang tenaga pengajar Uitm Shah Alam yang merupakan graduan sebuah universiti di Jordan, yang sedang menyiapkan thesis masternya di UIAM.

Walaupun tidak sempat membuat rakaman ceramah tersebut, Berikut adalah intipati2 ceramah yang disampaikan oleh beliau, yang sempat dicatatkan oleh pihak kami.

Muqaddimah
Hadis Bukhari dan Muslim- drp Saidina Ali R.A, bahawa baginda s.a.w pada satu malam telah mengetuk pintu rumah mengejutkan beliau dan fatimah untuk solat malam, maka saidina Ali berkata: wahai Rasulullah, diri kami berada di dalam tangan Allah, jika Dia mahu kami bangkit kami akan bangkit. Lalu baginda berlalu setelah mendengar perkataan Ali. Dan Ali mendengar baginda bersabda sambil menepuk peha, " adalah manusia itu makhluk yang paling banyak berjadal".

Pengajaran dari wahyu2 terawal
- wahyu2 terawal telah menghimpunkan beberapa persediaan dan persiapan yg wajib dilakukan oleh kita.
- Surah al-Alaq: kepentingan ilmu melalui pembacaan
- Surah al-muzammil/mudassir- seruan agar bangkit memberikan peringatan(dakwah)- sekurang2nya dakwah dgn penampilan kita yang bersih(dan pakaianmu bersihkanlah)
- Surah al-Qalam: pen sebagai alat yang penting yang punyai banyak kelebihan sepanjang zaman, sutur: garis lurus/barisan tulisan sebagai simbolik perlunya gerak kerja yang tersusun dalam melaksanakan tanggungjwab


Tafsir ayat pertama Surah Isra'
- Asra: dengan buraq, haiwan yang lebih besar dari keldai, tetapi tidak sebesar baghal. Warnanya putih. Beriman Sbgaimana diterangkan di dalam hadis soheh, bukan bayangan bukan2 yang x sabit dgn nas
- Bi 'abdihi: disebut rasulullah dlm ayat ini sbg hamba, memperingatkan tentang hakikat kehambaan, bahwa walaupun baginda rasul, baginda tetap hamba Allah.
- Lailan (satu malam)- mukjizat singkatnya perjalanan, kebiasaan orang arab ketika itu mengambil masa 40 hari utk ke Baitul Maqdis.
- Dari masjidil haram: tempat yang paling suci, disebut "haram" kerana diharamkan perkara2 tertentu hanya di tempat tersebut. Terdapat ulama seperti imam malik berpendapat tempat yang paling suci ialah masjid nabawi, kerana tertanamnya jasad baginda s.a.w di dalam tanahnya.
- Ke masjidil aqsa yang diberkati sekelilingnya: iaitu bumi syam- Jordan, palestin, Syria dan lubnan sekarang- yang diberkati sekelilingnya. Antaranya dengan buah tin dan zaitun, yang hanya tumbuh di tempat yang terkena cahaya matahari terbit dan matahari terbenam. Bumi yang subur berbanding tempat berdekatan, hinggakan di palestin pokok pisang pun tumbuh subur.
- Untuk memperlihatkan kpd baginda tanda2 kebesaran Allah: antaranya keadaan bumi syam yang disebutkan tadi. Juga dibuka hijab bagi rasulullah s.a.w hingga baginda dapat melihat perkara2 ghaib seperti malaikat, sidratul muntaha, azab dan nikmat yg diberi kpd manusia. Perkara2 ghaib asalnya x dpt digambarkan pandangan mata, x dpt digambarkan dengan cerita diperdengarkan kpd telinga, dan x boleh digambarkan lintasan hati manusia.

Ummat terpilih
Ketika baginda mahu berangkat ke langit seterusnya stlh bertemu nabi musa, tiba tiba terdengar nabi musa menangis. Lalu baginda bertanya kenapa, jawab nabi musa: pengikut org muda seperti kamu lebih banyak masuk syurga daripada umatku. Ini tanda umat kita umat pilihan, menafikan dakwaan2 org yahudi tentang diri mereka.

Penutup
Hadis tentang kelebihan orang yang membaca dan menghafal al-quran.

Sesi soal jawab

Nabi s.a.w berbicara dengan Allah dalam bahasa apa?
- berdasarkan hadis2 dalam peristiwa ini, berbicara dalam bahasa Arab, yang juga merupakan bahasa syurga. Begitu juga bicara baginda s.a.w dgn nabi2 lain yang asal bahasa mereka bukan bahasa Arab.

Maksud masuk syurga dengan rahmat Allah
- nikmat syurga itu tak terbayar dengan amalan kita, namun Allah mencurahkan rahmatnya tak terhingga membolehkan kita masuk syurga.

Selesai ceramah dan solat isya secara berjemaah, para hadirin bersama2 penceramah sama sama menjamu selera dengan jamuan yang disediakan. Antara juadahnya ialah masak lemak cili api ayam,kerabu taugeh+pucuk paku+kerang, ikan masin, ulam ulaman dan sambal belacan.

No comments:

Post a Comment