Sunday, May 30, 2010

Jahit's Cup- single

sebahagian besar peserta peserta Jahit's Cup-perseorangan - bergambar kenang kenangan. berdiri dari kiri: Rafieq, Ruzaimi, Wafi, Zukry, Rifa'ie, Hariri. Duduk dari kiri: amirul,azri,erwan, khairil, faris ,waqy.
Setelah selesai kategori beregu, pertandingan badminton kategori perseorangan dijalankan. 14 pelajar lelaki KECAQ telah mendaftar untuk menyertai kategori ini.

Peserta peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Selepas itu undian dibuat untuk menentukan lawan masing masing. Peserta yang berjaya dalam peringkat saringan secara automatik layak ke separuh akhir. Kemudian mereka yang berjaya dalam separuha akhir terus layak ke peringkat akhir, manakala yang tewas diberi peluang merebut tempat ke 3 dan ke-4.

budak budak...ini pertandingan badminton dik, bukan zoo tycoon nak panjat2


gaya seorang juara kedua dua kategori
gelagat salah seorang peserta, hariri, dlm sesi warm-up dan training
kecil kecil cili padi...adik azri affandi dengan gaya tersendiri

Berikut adalah keputusan perlawanan perlawanan penting dalam pertandingan ini.

Kumpulan A

Separuh Akhir
Rafieq vs Ruzaimi 15-9, 14-16, 15-3 (Rafieq layak ke akhir agregat 2-1)
Hariri vs Zukry 15-6, 15-9 ( Hariri layak ke akhir agregat 2-0)

Ketiga
Ruzaimi vs Zukry 15-11, 13-15, 17-15 (Ruzaimi tempat ketiga, agregat 2-1)

Akhir
Rafieq vs Hariri 18-16, 15-7 (Rafieq Johan, agregat 2-0)

Kumpulan B

Separuh akhir
Rusyaidi vs Erwan 15-4, 13-15, 14-16 ( Erwan layak ke akhir agregat 2-1)
Khairil vs Fariss 16-14, 15-11 ( Khairil layak ke akhir agregat 2-0)

Ketiga
Rusyaidi vs Fariss 15-6, 15-9 ( Rusyaidi tempat ke 3 agregat 2-0)

Akhir
Erwan vs Khairil 16-14, 3- 15, 6-15 (Khairil Johan, agregat 1-2)

Keputusan penuh
Kumpulan A
Johan – Rafieq
Naib johan- Hariri
Ketiga- Ruzaimi

Kumpulan B
Johan – Khairil
Naib johan – Erwan
Ketiga- Rusyaidi

Satu pertandingan di kalangan peserta peserta yang tewas untuk merebut hadiah penghargaan turut diadakan bagi merebut hadiah hadiah saguhati yang ditawarkan. Seramai lima peserta telah terpilih untuk menerima hadiah saguhati.

No comments:

Post a Comment