Monday, March 29, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

kehangatan menyambut maulid nabi turut terasa ke kampung sungai jahit. setelah sekian lama tidak dianjurkan sambutan sebegini, alhamdulillah pada tahun ini ia kembali dianjurkan.

majlis dimulai dengan solat maghrib secara jemaah, yang menghimpunkan warga sg jahit dr pelbagai latar usia, dr kanak2 hingga warga emas.selepas itu majlis dimeriahkan dengan pembacaan ringkasan selawat yang dipetik kitab maulid syarf al-anaam, dipimpin oleh penceramah jemputan, tuan guru hj fathul ariffin b mohd saleh.

tuan guru merupakan imam 1 masjid kariah dong, yang telah berjuang sebagai seorang daie lebih 40 tahun lamanya. malam itu beliau telah menyampaikan ceramahnya yang menarik, disulami syair,gurindan dan nasyid, yg diberi judul: "cinta.

selepas selesai ceramah dan solat isya, jemaah sama sama menjamu selera dengan menu utama masak lemak cili api ayam, yg dibuat secara bergotong royong di sebelah siangnya.


para muslimat bertungkus lumus menyediakan makanan untuk juadah sebelah malam nanti


jemaah sama sama menjamu selera setelah menjamu rohani dengan ceramah

No comments:

Post a Comment