Thursday, February 11, 2010

Program surau - KECAQ dan KIFARA

Nabi s.a.w dalam beberapa riwayat memerintahkan agar diajar dan disuruh anak itu solat ketika umurnya tujuh tahun, dan dihukum jika dia enggan menunaikannya ketika dia berumur 10 tahun. Mazhab syafi'i di dalam membuat kesimpulan terhadap hadis ini, berpendapat wajib ke atas penjaga mengajar dan mendidik anak anak dengan perkara perkara wajib yg diperintahkan oleh agama, seawal umur mumaiyiz.

Idea mengadakan KECAQ bermula ketika membincangkan program program untuk mengimarahkan surau. Timbul idea dari abg aziz untuk mengadakan kelas kanak kanak. Sebenarnya idea ini timbul bila terkenang kelas kanak kanak yang pernah dibuat oleh arwah ustaz amiruddin omar. Syura pemuda melanjutkan perbincangan. Lalu terhasil KECAQ.

Kelas ini berbeza mungkin berbeza dengan lain lain kelas, kerana ia melibatkan ramai guru. Ia menggunakan system LDK-latihan dalam kumpulan, di mana pelajar dibahagikan kpd kumpulan kumpulan kecil yang dibimbing oleh seorang guru. Tujuannya agar kedua dua belah pihak-guru dan pelajar-dapat memberikan penumpuan sepenuhnya.

salah seorang pelajar sedang menikmati makanan jasmani setelah mendapat makanan rohani

KECAQ membahagikan pelajar kepada tiga peringkat pembacaan al-quran, lancar, pertengahan dan iqra. Selain pembacaan al-quran dengan betul dan tepat, pelajar juga didedahkan kepada penghafazan ayat ayat lazim.

KIFARA –kelas intensif Fardhu Ain- merupakan idea lanjutan daripada KECAQ, timbul dari kesedaran "khatam al-Quran" bukan penamat segala galanya. Satu usaha untuk mendidik anak anak Muslim menjadi Muslim yg bukan sekadar pada nama, tetapi mempraktikkan Islam.

System pembelajaran KIFARA sama dengan KECAQ, iaitu secara berkumpulan. Tumpuan diberikan kepada perkara perkara asas dalam agama-Fardhu Ain- terutamanya yang berkaitan dan praktikal dengan kehidupan seharian pelajar. Pelajar pelajar juga akan mempraktikkan setiap perkara yang diajar, dalam sesi amali setiap kali selepas sesi pembelajaran.

Di hujung setiap kelas, pelajar akan dididik dengan hiburan mendidik jiwa yang terdiri dari zikir zikir dan nasyid, berkaitan dengan apa yang mereka pelajari.

Dimulakan pada awal januari 2010, KECAQ dan KIFARA mempunyai lebih 30 pelajar lingkungan 6 hingga 14 tahun, Yang kebanyannya merupakan anak anak penduduk kg sungai jahit sendiri, di samping anak anak penduduk kampong berhampiran seperti sg Lar,kuala gali dan durian sebatang yang dibimbing oleh sepuluh guru yang terdiri dari imam, guru quran dan lepasan pengajian agama dalam dan luar Negara.

berikut adalah gambar sebahagian pelajar2 yg menyertai kelas ini setelah selesai sesi belajar.

disiplin adalah penting...walaupun ketika hendak mengambil makanan..

sesi makan makan selepas penat memerah otak belajar ilmu agama

siapa dapat dulu dia makan dulu..biasalah budak budak :)






No comments:

Post a Comment