Pada hari Ahad, 26 September 2010 bersamaan 17Syawal, surau sungai jahit telah mengadakan majlis sambutan hari raya. dua hari sebelumnya, perbincangan dengan pasukan memasak muslimat memutuskan juadah juadah yang bakal dihidangkan pada malam sambutan.
gambar selingan: geng surau sedang "memerancan" laptop ustaz
nak pergi kedai pun nak ikut gak...maka penuhlah proton wira biru itu..layan..
Operasi Buluh Lemang
Pada hari sabtu, selepas selesai kelas KECAQ, bermulalah proses pencarian buluh lemang sekitar kampung sungai jahit. misi ini dijalankan oleh pelajar dan pengajar KECAQ diketuai mak long baha.
Selepas proses menebang, dan memotong, buluh buluh dikumpulkan untuk dibasuh terlebih dahulu sebelum disimpan untuk hari esoknya.
inilah rumpun buluh yang bakal ditebang
ust syafieq tekun memilih mana satu yg nak ditebang ni
ketua operasi sedang memotong buluh lemang
ini pula gaya adik adik kita yang tak pernah jemu menyumbang tenaga
waqie..nak parang sapa tu??

buluh buluh yang siap dipotong dan dibersihkan
operasi melemang merendang menasi himpit dan mengkuah kacang
Pagi Ahad bermulalah gotong royong untuk memasak juadah utama-lemang, rendang,nasi himpit dan kuah kacang. Seperti biasa ia melibatkan segenap peringkat usia jemaah surau..alhamdulillah..
bridged memasak surau sg jahit mula menjalankan tugas2 memproses bahan2 mentah
pengerusi dan bendahari turut turun padang..membersihkan kawasan sekitardan inilah hasilnya lemang yg sudah masak
Menjelang maghrib jemaah dan para tetamu mula tiba. selain jemaah surau dan penduduk kampung sungai jahit, majlis turut mengundang jemaah masjid kariah kampung kuala gali bagi mengimarahkan lagi majlis ini.
Selepas tazkirah dan solat berjemaah fardhu isya, majlis jamuan yang dinanti nanti pun diadakan.
makan time!! jom kita tengok tetamu tetamu kita makan
mula mula adik adik KECAQ
No comments:
Post a Comment