Pada hari Ahad, 26 September 2010 bersamaan 17Syawal, surau sungai jahit telah mengadakan majlis sambutan hari raya. dua hari sebelumnya, perbincangan dengan pasukan memasak muslimat memutuskan juadah juadah yang bakal dihidangkan pada malam sambutan.

gambar selingan: geng surau sedang "memerancan" laptop ustaz

nak pergi kedai pun nak ikut gak...maka penuhlah proton wira biru itu..layan..

Operasi Buluh Lemang
Pada hari sabtu, selepas selesai kelas KECAQ, bermulalah proses pencarian buluh lemang sekitar kampung sungai jahit. misi ini dijalankan oleh pelajar dan pengajar KECAQ diketuai mak long baha.
Selepas proses menebang, dan memotong, buluh buluh dikumpulkan untuk dibasuh terlebih dahulu sebelum disimpan untuk hari esoknya.

inilah rumpun buluh yang bakal ditebang

ust syafieq tekun memilih mana satu yg nak ditebang ni

ketua operasi sedang memotong buluh lemang

ini pula gaya adik adik kita yang tak pernah jemu menyumbang tenaga

waqie..nak parang sapa tu??


buluh buluh yang siap dipotong dan dibersihkan
operasi melemang merendang menasi himpit dan mengkuah kacang
Pagi Ahad bermulalah gotong royong untuk memasak juadah utama-lemang, rendang,nasi himpit dan kuah kacang. Seperti biasa ia melibatkan segenap peringkat usia jemaah surau..alhamdulillah..

bridged memasak surau sg jahit mula menjalankan tugas2 memproses bahan2 mentah

pengerusi dan bendahari turut turun padang..membersihkan kawasan sekitar

bridged memasak mula memasak rendang

bagusnya...adik rafieq kita turut membantu "mengacau" rendang hehehe amir tolong tengok

sambil kacau rendang kita bertukar tukar cerita...begini caranya kemesraan desa...

rendang yang sudah siap..

wan cu tekun menjaga api untuk menghasilkan lemang yang terbaik

lemang yang hampir masak dibaringkan begini

lemang yang masih belum layak dibaringkan terpaksa tidur berdiri ye

pengerusi surau sedang memeriksa perbarisan lemang


wan cu, mak long baha dan ust syafieq tekun menjaga proses membakar lemang

dan inilah hasilnya lemang yg sudah masak
Menjelang maghrib jemaah dan para tetamu mula tiba. selain jemaah surau dan penduduk kampung sungai jahit, majlis turut mengundang jemaah masjid kariah kampung kuala gali bagi mengimarahkan lagi majlis ini.
Majl;is dimulai dgn solat maghrib. Kemudian sebelum dihidangkan makanan , dihidangkan dahulu makanan rohani berupa tazkirah Syawwal oleh syaikhuna tuan guru ustaz haji fathul ariffin bin mohd saleh hafizahullah. Beliau yang disentuh oleh beliau, pengistiqomahan ibadah yang dilakukan di bulan puasa sepanjang tahun. Beliau juga mengingatkan betapa pentingnya mengikut sunnah rasulullah s.a.w dalam menjalankan ibadah agar ibadah diterima oleh Allah. Juga bahaya syirik yang tersembunyi agar kita dapat berjaga jaga daripadanya.
Selepas tazkirah dan solat berjemaah fardhu isya, majlis jamuan yang dinanti nanti pun diadakan.
makan time!! jom kita tengok tetamu tetamu kita makan
mula mula adik adik KECAQ

rafieq

faris dan ruzaimie

dari kiri: tengku kamaruddin, wafie, apih dan waqie

inilah antara masakan masakan yang dihidangkan

Tuan guru ust fathul ariffin bersama sama para jemaah menjamu selera


tuan bilal 2 masjid kariah, dan encik zakaria senik@ pok ya

dari kiri: haji nuh, ayahanda tuan pengerusi dan abg wie

siak kami, apih bersama adik adik KECAQ

antara tetamu tetamu muslimin yg hadir


dari kiri: cikgu ali, bendahari masjid kariah bersama tengku puji


ini pula jemaah muslimat...
alhamdulillah majlis bermula dan berakhir dengan baik. semoga segala kerja kita dinilai ibadah oleh Allah..semoga majlis seperti ini dapat kita adakan lagi di masa depan...Amin..