Antara perkara penting yang dibincangkan ialah projek naik taraf kemudahan surau. Alhamdulillah salah seorg ajk telah berjaya mendapatkan kelulusan peruntukan untuk baik pulih. Projek ini akan dimulakan dengan pembaik pulihan sistem perparitan surau, yang akan dipantau dan diuruskan oleh en. Razi @ pak lang yang dipilih sebulat suara oleh mesyuarat.
Wakil pemuda surau, apih tekun mendengar (atas)
bawah- pak lang razi mendengar penerangan dengan teliti
Jawatankuasa juga telah bersetuju untuk mengadakan ceramah khas sempena israk mikraj pada hari khamis, 8 julai 2010 bermula dengan solat majlis berjemaah. Pihak muslimat seperti biasa akan bergotong royong menyediakan juadah untuk malam tersebut. Ceramah insya Allah akan disampaikan oleh al-fadhil ustaz Affuan Che Mansor, yang berkelulusan sarjana muda dari sebuah universiti di Jordan.Turut dibincangkan ialah tentang ihya Ramadhan yang bakal menjelma. Insya Allah surau akan diimarahkan pada Ramadhan dengan kerjasama semua, dengan program tadarus, terawih dan tazkirah, juga moreh. Ramadhan kali ini juga bakal menyaksikan pelapis pelapis baru dari kelas KECAQ yang akan diserap sebagai bilal secara bergilir. Imam pula akan menggandingkan tenaga2 muda dan orang lama.
Antara isu yang dibangkitkan ialah program korban. Walaubagaimanapun pihak jawatankuasa bersetuju untuk menyerahkan pengurusan korban pada pengurusan yang sedia terlantik untuk meneruskan program tersebut.
ayahanda pengerusi




No comments:
Post a Comment