
Nampaknya surau melalui pelajar pelajar KECAQ mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan penubuhan pasukan kompang.
Ceritanya begini. Pada 27 Mei2010, encik Zakaria Senik telah meminta untuk mencari pasukan selawat, dan kalau dapat, kompang sekali untuk majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung pada 29 mei.
Pada mulanya hanya terdapat dua kompang, kepunyaan ustaz Syafieq dan ustaz Shamil. Mereka berdua pernah terlibat di dalam pasukan kompang ketika menuntut di IPT. Dalam proses mengingat semula kod kod paluan kompang,yang sudah lama ditinggalkan, bakat terpendam seorang pelajar KECAQ tersingkap.
Sungguhlah ilmu itu mengangkat darjat seseorang dari yang tiada ilmu. Akhirnya, pelajar yang kami ajar mengaji menjadi "guru" kompang kami, alhamdulillah.
Sebagai "bidan terjun" latihan intensif dijalankan memandangkan waktu yang ada sangat sempit. Ia merupakan satu cabaran, terutama bagi adik adik yang mungkin tidak pernah bermain kompang.
Kembara meminjam kompang
Oleh kerana hanya ada dua biji kompang, kami memerlukan kompang lain. akhirnya kami meminjam kompang dari Sekolah Kebangsaan Pamah Kulat di Ulu dong. Terima kasih kepada sahabat ustaz shamil, cikgu adam shah yang merupakan guru sains yang merupakan tenaga pakar kompang yang melatih pasukan sekolah tersebut.
Pasukan kompang KECAQ
Mohd Rafieq Mohd Rashidi (Ketua- paluan menyilang)
Mohd Hariri Roslan
Mohd Zukry Sufian
Mohd Khairil Hakim Khairuddin
Erwan Syah Ahmad Safuan (simpanan)
Ahmad Fariss Hakim Zamri (simpanan)
Ustaz Syafieq Shahuddin (pengalaman menyertai pasukan kompang di KIPSAS)
Ustaz Ahmad Shamil shahrin (pengelaman menyertai pasukan kompang di matrikulasi UIAM)
Raja Mohd Syakirie Raja Ali ( ketua pasukan kompang ketika di sekolah teknik, skrg mahasiswa universiti Malaysia perlis)
Latihan
Setelah kompang mencukupi, latihan segera pun dimulakan. Daripada paluan yang berterabur, kami bermula. Alhamdulillah, daripada paluan berpandukan kod di white board, akhirnya kami beransur mengingatinya. Jari jemari terasa sakitnya dek berulang ulang memalu kompang pada kod kod yang gagal dipalu dengan baik. Namun kami tekad, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.




latihan diteruskan pada sebelah malam sebelum majlis. kali ini di tempat persembahan bakal dilakukan.
hari persembahan




alhamdulillah persembahan berjaya dijalankan dengan baik dengan izin Allah. adik adik mampu menjalankan tugas masing masing lebih baik dari sesi latihan


bergambar kenang kenangan di surau selepas menjayakan persembahan